Vitrox Corporation Berhad (KLSE: 0097) (Vitrox) merupakan sebuah syarikat perekaan dan pembuatan automated vision inspection equipment (AVIE) dan system-on-chip embedded electronic devices dalam industri semikonduktor dan juga electronic packaging. Vitrox menjana pendapatan utamanya daripada jualan produk-produk seperti Machine Vision System (MVS), Automated Board Inspection (ABI), dan Electronics Communication System (ECS).
Pada 14 Disember 2020, nilai pasaran Vitrox bernilai sekitar RM6.74 bilion. Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur di dalam saham Vitrox.
1. Pasaran Utama
Pada tahun 2019, Vitrox telah menjana 73.4% perolehannya daripada hasil jualan eksport. Pasaran utamanya adalah seperti berikut:

Vitrox telah menjana pendapatan daripada 504 pelanggan pada tahun 2019,meningkat daripada 303 pelanggan pada tahun 2016.

Daripada 504 pelanggan Vitrox, 31.9% daripada jumlah perolehannya berjumlah sekitar RM108.3 juta) daripada dua pelanggan utamanya. Kebergantungan Vitrox kepada penjanaan perolehannya telah menurun kepada 74.8% pada tahun 2010.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Secara keseluruhannya, Vitrox telah mencatatkan peningkatan perolehan daripada RM87.6 juta pada tahun 2010 kepada RM394.7 juta pada tahun 2018, sebelum perolehannya merosot kepada RM339.6 juta pada tahun 2019. Kemerosotan ini berpunca daripada pengurangan jumlah perolehan eksport ke negara China disebabkan perang perdagangan di antara negara China dan Amerika Syarikat.
Keuntungan bersih syarikat meningkat daripada RM31.8 juta pada tahun 2010 kepada RM105.5 juta pada tahun 2018, sebelum ia menurun kepada RM79.6 juta pada tahun 2019. Dalam tempoh masa 10 tahun tersebut, Return on Equity (ROE) Purata bagi Vitrox ialah 24.21% setahun.
Jadi, ini bermakna Vitrox telah menjana RM24.21 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2010 sehingga tahun2019.

3. Pengurusan Aliran Tunai
Di dalam tempoh2010 ke 2019, Vitrox telah menjana sebanyak RM371.6 juta di dalam aliran tunai operasi, RM17.4 juta di dalam pendapatan faedah, dan juga RM62.8 juta di dalam pengeluaran ekuiti dan peminjaman hutang jangka panjang bersih.
Daripada jumlah tersebut, Vitrox telah membayar:
– RM 6.3 juta di dalam kos faedah
– RM 182.7 juta di dalam pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
– RM 115.2 juta di dalam dividen kepada pemegang sahamnya
Secara keseluruhannya, Vitrox telah meningkatkan baki tunainya daripada RM27.7 juta pada tahun 2009 kepada setinggi RM191.6 juta pada tahun 2019. Dengan itu, jelaslah bahawa Vitrox adalah sebuah syarikat yang telah menjana aliran tunai operasi positif dan ini membolehkannya untuk melabur ke dalam PPE, membayar dividen, dan meningkatkan baki tunainya sepanjang tempoh 10 tahun tersebut.

4. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk 12 bulan terkini, Vitrox telah mencatat RM405.7 juta dan RM91.5 juta di dalam perolehan dan keuntungan bersih. Ia telah menjana 19.42 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).

5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q3 2020, Vitrox mencatatkan RM40.1 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM545.0 juta di dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang terkini bagi Vitrox adalah 7.36%. Dalam tempoh tersebut, Vitrox telah mencatatkan RM517.5 juta di dalam aset semasa dan RM109.5 juta di dalam liabiliti semasa.Pada masa sekarang, nisbah semasa Vitrox adalah 4.72.
6. Strategi Bisnes 2020
Vitrox telah mengemukakan beberapa strategi perniagaannya bagi tahun 2020, iaitu:
a. Market Diversification
Vitrox menumpukan pertumbuhan perniagaannya di negara China terutamanya kepada Electronic Manufacturing Services (EMS), Contract Manufacturers (CM) companies dan Original Design Manufacturers (ODM) di bandaraya Tier-1 dan Tier-2 melalui sales channel partners (SCP) dan distributors tempatan.
b. Research & Development (R&D)
Vitrox bertekad untuk melabur 12-13% daripada perolehannya ke dalam aktiviti R&D. Kini, ia menumpukan perhatian kepada pembuatan AI-based vision inspection equipment kerana ia ingin meningkat daya saingan di dalam bidang revolusi industri 4.0 (IR 4.0), 5G, dan Artificial Intelligence (AI).

7. P/E Ratio
Pada 14 Disember 2020, harga saham Vitrox adalah RM14.30 seunit. Maka, P/E Ratio terkini adalah 73.64 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini iaitu sebanyak 19.42 sen. Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio yang lalu (tahun 2010 – 2019), ianya adalah paras tertinggi di dalam tempoh 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM14.30 / RM0.1942
= 73.64

8. P/B Ratio
Pada Q3 2020, Vitrox telah mencatatkan sebanyak RM1.1547 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 12.38. Kalau kita bandingkan dengan P/B Ratio lepas (tahun 2010 – 2019), ianya adalah tertinggi di dalam tempoh 10 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM14.30 / RM1.1547
= 12.38

9. Kadar Dividen
Dalam tempoh 12 bulan terkini, Vitrox telah mengumumkan 4.55 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen Vitrox terkini adalah 0.32% setahun, lebih rendah daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan di Malaysia.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.0455 / RM 14.30) x 100%
= 0.32%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya:

Jadi, wajarkah kamu melabur ke dalam saham Vitrox? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)