• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sapura Energy Catat Untung Bersih RM17.2 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Saham Sapura Energy Naik Selepas Umum Peroleh Kontrak Qatar

Kredi gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Sapura Energy Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM17.20 juta pada suku ketiga berakhir 31 Okt, 2020 berbanding kerugian bersih RM100.89 juta bagi suku yang sama sebelum ini.

Perolehan pula bagaimanapun susut kepada RM1.33 bilion daripada RM1.78 bilion bagi tempoh yang sama, menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Penyumbang utama kepada pertumbuhan perolehan (berbanding prestasi pada suku kedua) adalah segmen kejuruteraan dan pembinaan, yang terus merekodkan pencapaian projek meskipun menghadapi cabaran dalam pengoperasian perniagaan global semasa tempon pandemik COVID-19,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Sapura Energy dan pembiayanya kini sedang memuktamadkan terma bagi langkah pembiayaan terancang yang dijangka selesai pada Januari 2021 sebagai sebahagian program pengurusan modal syarikat.

Nilai perolehan kontrak yang dicatatkan Sapura Energy kini berjumlah RM12.5 bilion, dengan nilai kontrak baharu kumulatif yang diperoleh pada 2020 setakat ini sebanyak RM2.2 bilion.

Projek yang diperolehnya termasuk pembekalan kejuruteraan, pemerolehan, bekalan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian awal saluran paip di Medan Al-Khalij, Qatar serta pembekalan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengangkutan, pemasangan, sambungan dan pentaulihan bagi saluran paip tambahan Andalas di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand.

Sapura Energy juga meraih kontrak perkhidmatan penggerudian bagi pelantar penggerudian bantuan-tender ‘Sapura Berani’ di tiga telaga luar pesisir Congo. 

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In