• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Momentum Penurunan Berterusan Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan pelabur terus menyusun semula pelaburan masing-masing berikutan kebimbangan terhadap ekonomi semakin meningkat.

Pada penutupan dagangan, indeks utama, FBM KLCI susut 4.6 mata kepada 1,647.89 daripada 1,652.49 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Barometer tempatan itu dibuka 3.64 mata lebih rendah kepada 1,648.85 sebelum bergerak di antara 1,641.92 dengan 1,657.87 sepanjang dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 728 berbanding 426 manakala 434 kaunter tidak berubah, 551 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 8.08 bilion unit bernilai RM3.66 bilion.

Aliran menurun telah mempengaruhi terutama saham berharga rendah khususnya Pasaran ACE yang terus menjejaki prestasi ekuiti serantau dan global.

Penganalisis berkata tekanan penurunan ditunjukkan sejak Jumaat lepas berikutan indeks telah mengalami keadaan terlebih beli dan gagal melepasi paras rintangan ekoran prospek ekonomi yang suram, yang mungkin kekal sehingga akhir tahun ini.

“Pandemik global COVID-19 masih menjejaskan ekuiti global, terutama saham kitaran.

“Sementara itu, saham teknologi dan penjagaan kesihatan akan menyaksikan aliran meningkat buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata bagi penanda aras teknikal pasaran tempatan, paras rintangan akan berada pada 1,660 manakala paras sokongan pada 1,635.

Mengenai prestasi esok, indeks berkenaan dijangka sangat dipengaruhi oleh perkembangan berkaitan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat bernilai US$900 bilion, yang akan diundi oleh Senat hari ini.

“Pakej rangsangan itu akan berperanan sebagai pemangkin global, dan sekiranya undian itu gagal untuk meluluskan pakej itu, saham global akan menerima impak langsung,” katanya.

Komponen KLCI hari ini mengalami dagangan turun naik namun tidak begitu ketara, dengan Axiata muncul sebagai saham yang mengalami penurunan terbesar apabila susut 13 sen kepada RM3.74 manakala Nestle merosot RM3.50 kepada RM137.40, Hong Leong kurang 42 sen kepada RM18.14 dan Genting menguncup 10 sen kepada RM4.55.

Bagi saham aktif, Sapura Energy tidak berubah pada 12.5 sen, Iris naik 2.5 sen kepada 39 sen dan AT Systemization turun setengah sen kepada 17 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.67 mata pada 11,848.80, Indeks FBMT 100 susut 144.15 mata kepada 11,650.05, Indeks FBM Emas Syariah kurang 47.93 mata kepada 13,286.50, FBM 70 merosot 149.24 mata kepada 15,218.60 dan FBM ACE menambah 30.80 mata kepada 10,478.40.

Sementara itu, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.73 mata kepada 174.96, Indeks Perladangan naik 8.39 mata kepada 7,358.19 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup  41.42 mata kepada 15,383.50.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.81 bilion saham bernilai RM2.74 bilion daripada 4.87 bilion saham bernilai RM3.77 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran sebanyak 585.12 juta unit bernilai RM104.35 juta berbanding 833.16 juta unit bernilai RM125.05 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula meningkat kepada 2.68 bilion saham bernilai RM815.02 juta daripada 2.35 bilion saham bernilai RM493.83 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 553.76 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.48 bilion), pembinaan (636.0 juta), teknologi (506.14 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (72.89 juta), hartanah (468.31 juta), perladangan (74.95 juta), REIT (8.39 juta), dana tertutup (23,800), tenaga (716.98 juta), penjagaan kesihatan (45.67 juta), telekomunikasi dan media (40.36 juta), pengangkutan dan logistik (105.13 juta) serta utiliti (105.36 juta).

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In