• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KAB Peroleh Kontrak Bernilai RM57.1 Juta

in Catalyst
A A
KAB Peroleh Kontrak Bernilai RM57.1 Juta

Kredit gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB), sebuah syarikat mekanikal dan kejuruteraan telah dipilih sebagai subkontraktor bagi projek untuk Vienna Home Sdn Bhd, Cosmowealth Housing Development Sdn Bhd dan Mah Sing Properties Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, KAB berkata projek baharu itu menjadikan keseluruhan nilai kontrak mencecah RM57.1 juta.

Kontrak itu antara lainnya merangkumi perkhidmatan elektrikal, telefon dan voltan rendah untuk masing-masing Projek M Luna (dua blok pangsapuri perkhidmatan), M Arisa Project (dua blok pangsapuri jenis suite) dan Projek M Oscar (dua blok pangsapuri jenis suite).

Menurut syarikat itu, kerja-kerja terbabit dijangka siap dalam tempoh 30-36 bulan.

KAB juga menyasarkan kontrak berkenaan menyumbang secara positif kepada pendapatan akan datang kumpulan bagi tempoh sepanjang kontrak berkenaan.

Malah, KAB berazam meneruskan usaha-usaha bagi memacu pelan pengembangannya walaupun dalam persekitaran yang menyaksikan sekatan pergerakan pad amasa ini.

“Kejayaan meraih kontrak ini menjadi pendorong untuk kami kerana membuktikan syarikat ini mempunyai kemampuan dan kelengkapan bagi menjalankan operasi dalam persekitaran pasca pandemik.

“Keyakinan para pelanggan terhadap keupayaan kami melaksanakan kerja-kerja juga kekal kukuh,” kata Pengarah Urusan KAB Datuk Lai Keng Onn.

Sejajar langkah syarikat menyasarkan 2021 sebagai tempoh yang lebih baik, Lai juga yakin tindakan kerajaan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta amalan mampan adalah sesuatu yang positif untuk pertumbuhan.

Ini juga seiring dengan langkah KAB yang menyokong kepelbagaian terhadap tenaga hijau, kecekapan tenaga dan teknologi berkaitan yang akan dapat mengurangkan jejak karbon.

— BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In