• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Tempatan Terus Tertekan, Indeks Utama Susut Pada Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Kaunter-kaunter utama di Bursa Malaysia terus tertekan sehingga berakhirnya sesi awal dagangan dengan pelabur memberi tumpuan kepada perbelanjaan kerajaan dan kebimbangan mereka yang kian meningkat akan penularan COVID-19.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 6.11 mata kepada 1,646.38 berbanding 1,652.49 ketika ditutup Jumaat lepas.

Pada paras pembukaan pagi ini, indeks utama merosot 3.64 mata kepada 1,648.85. 

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter untung mengatasi rugi 656 berbalas 456 sementara 439 kaunter tidak berubah, 589 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.44 bilion unit bernilai RM1.90 bilion.

Kebimbangan kian meningkat berikutan pertambahan berterusan kes COVID-19 seluruh dunia dan ia telah menjejaskan ekonomi sementara kerajaan pula berusaha untuk mengimbangkan antara keselamatan dan ekonomi.

“Pendapatan minyak dan cukai yang rendah serta penurunan penarafan negara akan menghentikan rancangan pemulihan kerana perbelanjaan akan terjejas. Sekiranya ekonomi tidak pulih seperti yang kerajaan harapkan, ia boleh menjurus kepada pengurangan pendapatan,” kata beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hartalega dan Top Glove masing-masing naik 16 sen dan empat sen kepada RM12.52 dan RM6.68, sementara Tenaga Nasional turun 14 sen kepada RM10.64 dan Petronas Dagangan menyusut 24 sen kepada RM21.00.

Bagi saham paling cergas pula, JAG menambah 2.5 sen kepada 27 sen, sementara Vsolar dan Nexgam, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen dan 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 31.90 mata kepada 11,858.58, Indeks FBMT 100 merosot 33.47 mata kepada 11,653,4, Indeks FBM Emas Syariah menyusut  41.31 mata kepada 13,293.16, FBM 70 turun 20.75 mata kepada 15,197.85, sementara FBM ACE menambah 13.32 mata kepada 10,460.97.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.55 mata kepada 175.14, Indeks Perladangan turun 19.25 mata kepada 7,330.55, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 22.62 mata kepada 15,402.37.

– BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In