• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI dibuka rendah pagi ini selepas mencatatkan penurunan pada Jumaat, sementara indeks lain juga bergerak menghala ke arah trend menurun berikutan kebimbangan yang kian ketara terhadap kes COVID-19 seluruh dunia.

Setakat pukul 9.15 pagi ini, indeks penanda aras utama menyusut sedikit sebanyak 1.04 mata kepada 1,651.45 berbanding 1,652.49 ketika ditutup pada petang Jumaat.

Pada paras pembukaan, indeks utama susut 3.64 mata kepada 1,648.85.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran menyaksikan perbezaan tipis antara kaunter untung dan rugi dengan 269 berbalas 252 sementara 383 kaunter tidak berubah, 1,263 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 553.42 juta unit bernilai RM172.88 juta.

Seoranga penganalisis pasaran berkata pasaran akan menyaksikan pergerakan tidak menentu sepanjang urus niaga hari ini berikutan perkembangan kes varian baharu COVID-19 di London dan ini telah menjejaskan keyakinan pasaran terhadap kemajuan vaksin.

“Pada masa ini, negara-negara di seluruh dunia telah berjaya memperoleh sebahagian daripada vaksinasi tetapi dengan perkembangan penularan varian baharu di London, ekonomi mulai bimbang langkah pelancaran vaksin tidak cukup untuk menangani krisis kesihatan global,” kata beliau.

Berikutan perkembangan baharu ini, ia turut menjejaskan pasaran global seluruh dunia termasuk Indeks Straits Times yang menyusut 14.62 mata kepada 2,834.36, Nikkei jatuh 151.18 mata kepada 26,612.21 dan Perindustrian Dow Jones merudum 124.35 mata kepada 30,179.05.

Bloomberg melaporkan Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK), Matt Hancock mengesahkan varian baharu Covid-19 yang mencetuskan sekatan ketat di London dan tenggara England berada ‘di luar kawalan’.

Beliau turut memberi amaran langkah ketat itu akan terus dikuatkuasakan sehingga program vaksinasi dilaksanakan secara menyeluruh.

Sementara itu, dari sudut penanda aras teknikal, beliau berkata indeks dijangka bergerak antara 1,645 dan 1,670 sepanjang hari.

Bagi prestasi kaunter berwajaran tinggi, Petronas Dagangan turun 74 sen kepada RM20.50, Kuala Lumpur Kepong susut 26 sen kepada RM23.83, Telekom menyusut tujuh sen kepada RM5.34 dan IHH lebih rendah 10 sen kepada RM5.34.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 16.62 mata kepada 11,873.90, Indeks FBMT 100 merosot 144.15 mata kepada 11,650.05, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 30.18 mata kepada 13,304.20, FBM 70 lebih rendah 149.24 mata kepada 15,218.60, manakala FBM ACE menambah 23.42 mata kepada 10,471.00.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.36 mata kepada 176.05, Indeks Perladangan turun 5.44 mata kepada 7,344.36, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.64 mata kepada 15,407.30.

– BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In