• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Widad Group Jelas Pelan Jual Vaksin Covid-19 Di Malaysia

in Catalyst
A A
Widad Bekerjasama Dengan Rinani Pasarkan Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Kredit Gambar : Focus Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Widad Group Bhd menegaskan bahawa matlamat di sebalik memorandum kerjasamanya dengan Rinani Dynamic Sdn Bhd yang ditandatangani pada 15 Disember ialah untuk mengedar, memasarkan dan menjual vaksin COVID-19 yang dikenali sebagai VXA-Cov2-1 di Malaysia.

Rinani Dynamic adalah wakil tempatan untuk Vaxart Inc, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan vaksin dan produk lain.

VXA-CoV2-1 adalah vaksin COVID-19 dalam bentuk tablet dan hanya diberikan satu dos serta Vaxart Inc menyatakan dapat diagihkan dengan mudah tanpa memerlukan penyimpanan dan pengedaran rantaian sejuk.

Pengarah Urusan Widad Group Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar berkata syarikat, yang terlibat dalam aktiviti pembinaan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu, belum menghubungi mana-mana pelanggan yang berpotensi berikutan vaksin itu masih menjalani ujian klinikal.

“Vaksin itu belum mendapat pelepasan untuk dikomersialkan dan masih menjalani ujian klinikal,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan Bursa Malaysia hari ini.

Sementara itu, Vaxart Inc telah mengemukakan serahan Pre-Investigational New Drug untuk vaksin itu kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada 10 Ogos, dan mendapat pelepasan daripada FDA pada 14 Sept.

“Pada masa ini, Vaxart sedang menjalankan ujian klinikal Fasa 1 dan akan melakukan Fasa 1 dan 3 dalam masa terdekat.

“Selepas selesai ujian klinikal, Vaxart akan menyerahkan keputusan kepada FDA,” kata Mohd Rizal.

Selepas mendapat kelulusan yang diperlukan daripada FDA, Rinani Dynamic akan menyerahkan data yang relevan kepada Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk pelesenan, pendaftaran penilaian dan ujian sebelum pengkomersialan tablet diadakan.

Selain itu, katanya jumlah pengeluaran modal dan pelaburan tidak dapat ditentukan pada masa ini berikutan butirannya perlu dirundingkan dan akan ditentukan pada peringkat seterusnya.

“Mengenai pembiayaan, Widad akan menggunakan sumber dalaman atau institusi kewangan jika perlu,” kata Mohd Rizal.

— BERNAMA

Share279ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In