• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Scalper Menggoreng Saham Waran Sehingga Mencecah 533% Sehari

in Trading Idea
A A
Scalper Menggoreng Saham Waran Sehingga Mencecah 533% Sehari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sebelum kita mulakan bicara, mari kita lihat apa yang terjadi kepada indeks FBM KLCI pada 16 Disember 2020. Di awal pagi pembukaan dagangan, FBM KLCI membuat gap up dan memberikan tanda yang positif. Harga naik tinggi sehingga mencecah paras 1,695.87 mata.

Namun di sebelah petang, FBM KLCI membuat penurunan dan ditutup pada 1681.41 iaitu 7.390 mata lebih tinggi daripada penutupan hari sebelumnya.

Sumber : Trading View
Sumber : Bursa Market Place

Daripada 1,741 saham yang didagangkan pada 16 Disember 2020, sebanyak 830 saham yang membuat kenaikan, 453 saham mengalami kejatuhan dan sebanyak 458 saham yang tidak berubah.  

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Apa yang hendak diceritakan di sini bukanlah mengenai FBM KLCI, tetapi saham Top Active pada hari tersebut. Tahukah anda tema yang dilihat berlangsung pada hari tersebut adalah tema waran yang hampir dengan tarikh luputnya. Ramai juga pelabur yang menggelar rally waran yang sangat hampir dengan tarikh luput ini sebagai “rally kubur”.

 Mari kita lihat senarai Top 10 kaunter yang aktif dan patuh syariah pada 16 Disember 2020. 4 daripada 10 kaunter Top Active tersebut adalah kaunter waran.

Sumber : Malaysiastock,biz
Sumber : Malaysiastock.biz

BPURI-WA telah mencatatkan kenaikan sebanyak 44.4%, LAYHONG-WA merekodkan kenaikan sebanyak 46.2%, SUNZEN-WB naik sebanyak 200% dan yang paling menakjubkan adalah TIGER-WC yang membuat kenaikan sebanyak 533.3%.  Betapa hebatnya pasaran saham di Malaysia kerana sebuah saham boleh mencatatkan kenaikan sebanyak ini hanya dalam sehari. Kaunter tersebut adalah merupakan saham waran kepada Tiger Synergy Berhad.

Jangan terkeliru pula Tiger dengan Carlsberg yang merupakan minuman keras. Tiger yang dimaksudkan adalah Tiger Synergy Berhad dengan kod 7079. Tiger ini berada di dalam sektor hartanah dan ianya juga patuh syariah.

Mari kita kaji kaunter yang naik sehingga 533.3% ini.

Sumber : Malaysiastock.biz

Waran TIGER-WC ini adalah waran yang diterbitkan oleh syarikat Tiger itu sendiri. Ianya juga dikenali sebagai company warrant. Disenaraikan pada 18 Februari 2016 di papan utama Bursa Malaysia, tarikh luput atau expiry date bagi waran ini adalah pada 11 Februari 2021, kurang tiga bulan dari sekarang. Bilangan unit saham waran ini adalah sebanyak 48.41 juta unit.

Walaupun waran ini akan expired kurang 3 bulan daripada sekarang dan masih ada yang berminat untuk membeli.Telah menjadi lumrah kaunter waran kebiasaannya akan “digoreng” oleh para sindiket apabila ianya menghampiri maturity date. Orang ramai yang nampak saham ini berkelip-kelip hijau pun akan terpedaya dan tertarik untuk membeli.

Bukan nak kata tak boleh beli, tetapi waran yang sangat hampir dengan tarikh matang sangatlah bahaya untuk dibeli kerana sekiranya kita tidak menukar waran kepada saham induk sebelum tarikh matang, modal kita akan dikira hangus. Ramai yang terlupa untuk convert waran kepada saham induk atau ramai juga yang tidak tahu cara untuk menukar saham waran kepada saham induk.

Ada juga kes ianya tak berbaloi untuk convert waran tersebut kepada mother share, kerana kita terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Baca: Cara Beli Waran Dan Convert Waran Kepada Mother Share

Sekarang mari lihat pula pada carta TIGER-WC.

Sumber : Trading View

Daripada Daily Chart, tidak banyak yang kita boleh kaji. Namun Tiger-WC telah membuat breakout pada harga RM 0.020. Sedikit sukar untuk kita masuk ke dalam pasaran dengan menggunakan carta harian.

Mari kita tukar pula ke carta 15 minit sekiranya kita ingin cuba membuat scalping dan meraih keuntungan dalam jangka masa yang singkat.

Sumber : Trading View

Setelah Tiger-WC memecahkan resistance yang kuat pada harga 2 sen, secara tiba-tiba volume yang besar masuk ke dalam pasaran. Kebiasaannya scalper yang masuk ke dalam pasaran berisiko tinggi seperti ini akan terus mengambil untung setelah kenaikan beberapa bid. Tekniknya adalah buy on breakout dan kemudiannya sell on nearest resistance.

Beruntung bagi sesiapa yang berjaya membeli ketika ianya baru membuat fresh breakout pada sekitar 2.0 sen atau 2.5 sen. Setelah itu, Tiger-WC terus menerus membuat beberapa breakout yang lain iaitu pada harga 5.5 sen dan 9.0 sen. Paras tertinggi yang dicapai Tiger-WC pada hari tersebut adalah 14 sen. Pada harga tersebut, pedagang mungkin telah berpuas hati dengan keuntungan masing-masing lalu menjual pegangan masing-masing secara beramai-ramai.

Nampak tak kemunculan bearish harami di puncak carta waran ini. Ia adalah sell signal yang jelas bahawa penjual telah menguasai keadaan. Jika dah pandai beli ketika fresh breakout tadi, kenalah pandai jual juga bila sell signal dah muncul.

Bagi yang ketinggalan dan mempunyai penyakit “Fear Of Missing Out” (FOMO), peluang untuk membeli waran ini hadir pada harga 7.0 sen dan 7.5 sen kerana saham ini beberapa kali membuat cubaan untuk jatuh tetapi disokong kuat oleh pembeli.

Rally kedua ini selalunya sedikit lembab. Daripada strong support pada harga sekitar 7 sen tadi, Tiger-WC akhirnya ditutup pada harga 9.5 sen. Melihat kepada volume, minat belian terhadap waran ini masih ada.

Namun demikian, dinasihatkan agar pelabur baru mengelakkan diri daripada terlibat dengan waran yang hampir dengan tarikh luputnya kerana sangat tinggi kebarangkalian kita akan kehilangan modal pelaburan.

Teknik untuk membeli waran adalah:

1. Pastikan tarikh matang (Maturity Date) waran tersebut lebih daripada 6 bulan kerana waran yang tarikh luputnya kurang dari 6 bulan kurang mendapat minat.

2. Premium adalah di bawah 30%.

3. Nilai gearing ratio berada dalam lingkungan 0 sehingga 2.

4. Pilih nilai exercise price yang lebih kecil daripada saham induk.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share1724ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

2 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

2 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

2 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In