• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pecca Dapat Tempahan Tinggi Untuk Pelapik Kerusi Automotif

in Catalyst
A A
Pecca Dapat Tempahan Tinggi Untuk Pelapik Kerusi Automotif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) —   Pecca Group Bhd Bersedia untuk menyampaikan lebih banyak pelapik kulit untuk kerusi kereta dalam tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 Jun 2021, dengan pesanan tertinggi datang daripada pelanggan automotif domestik. 

 Ketua Pegawai Kewangan, Foo Ken Nee berkata kumpulan itu telah mencapai tahap pengeluaran sebelum Perintah Kawalan Pergerakan iaitu sebanyak 12,000 pelapik tempat duduk kereta sebulan, lebih 80 peratus daripada kapasiti penuh berjumlah 14,000. 

“Pesanan pengeluaran yang datang dari Perodua dan Proton telah memberikan unjuran enam bulan yang amat baik kepada kami dan kelihatan positif bagi tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu sidang akhbar maya selepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu hari ini.

Pecca membekalkan pelapik kulit kerusi kereta meliputi model Perodua Myvi, Aruz dan Bezza Perodua serta Proton Exora dan X-50 yang baru dilancarkan, yang menyaksikan jualan yang lebih tinggi selepas diterima baik oleh pembeli kereta dan pengecualian cukai jualan. 

Menjelas lanjut, Foo berkata kumpulan itu optimis untuk mendapatkan tempahan yang mampan daripada pelanggan bagi seluruh tahun kewangan 2021 kerana pemilikan kereta baharu dijangka meningkat walaupun dalam persekitaran COVID-19. 

Foo ketika mengulas mengenai rancangan perniagaan dan pertumbuhan syarikat pada 2021 berkata Pecca mahu mengembangkan perniagaan ke Amerika Syarikat, Eropah dan Asia untuk meningkatkan bahagian pasaran globalnya daripada 15 peratus sekarang ini, selain menguasai jualan di arena automotif tempatan.

“Kami juga sedang meneliti beberapa aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) untuk meningkatkan perniagaan sedia ada kami pada separuh pertama 2021,” katanya.   

Pendapatan Pecca bagi segmen automotif menokok 112.9 peratus kepada RM33.1 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept 2020 berbanding hanya RM15.1 juta dalam suku sebelum ini yang berakhir pada 30 Jun 2020.

RHB Research, dalam satu nota baru-baru ini telah mengekalkan saranan ‘Overweight’ ke atas sektor automotif dan peralatan automotif memandangkan bahagian ini menawarkan nisbah risiko kepada ganjaran yang menarik bagi pelabur yang mahu meletakkan diri mereka dengan kitaran pemulihan pada 2021. 

Ia juga meramalkan jenama nasional akan terus menguasai bahagian pasaran dalam kitaran ini, dengan peningkatan kualiti produk serta pengembangan penawaran sebagai pemacu utama. 

— BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In