Mesti kita perasan wujudnya beberapa simbol pada sebelah nama kaunter yang tertentu pada masa yang tertentu. Simbol ini sebenarnya mempunyai makna-makna yang tersendiri, pastikan kita tahu apa maknanya. Ada tujuh simbol yang selalunya akan muncul di sebelah nama kaunter yang tertentu.

Mari kita lihat makna di sebalik simbol-simbol tersebut.

Huraian Untuk Simbol C dan X

C dan X merupakan simbol yang terlibat dengan entitlement atau kelayakan pelabur untuk menerima dividen, bonus issue atau rights issue daripada syarikat. Simbol C bermakna Cum Entitlement di mana keputusan yang melibatkan pemegangan telah diumumkan dan keputusan ini akan melibatkan semua pemegang saham sepanjang tempoh keputusan ini dibuat.
Sekiranya pelabur membeli atau memegang saham syarikat tersebut dalam tempoh Cum Entitlement ini, pelabur berhak menerima sebarang pemberian daripada syarikat sama ada dalam bentuk dividen, bonus issue atau rights issue.
Simbol X pula bermaksud Ex-Entitlement dan ini bermaksud tarikh keputusan dalam pengumuman syarikat telah dilaksanakan. Pada tarikh ini, pelabur akan menerima hak mereka daripada syarikat dalam bentuk dividen, bonus issue atau rights issue seperti yang diumumkan syarikat. Selepas daripada tarikh ini, sebarang pelabur baru tidak akan menerima sebarang manfaat daripada pengumuman terdahulu.

Sumber: Bursa Malaysia
Maksud Warna Dalam Platform Trading
Di platform trading juga, kita akan melihat warna yang berbeza-beza. Warna ini sebenarnya mempunyai maksud tertentu kepada saham- saham yang tersenarai.
Mari kita lihat maksud di sebalik warna-warna yang ada di platform trading:

Penerangan daripada segi warna ini sangat straight forward dan mudah difahami. Cyan, Magenta dan Kuning menggambarkan di pasaran mana saham syarikat tersebut disenaraikan. Jika warna kaunter tersebut bertukar menjadi kelabu, ianya bermaksud saham tersebut digantung daripada didagangkan pada hari tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Warna putih, hijau dan merah pula menunjukan perubahan harga saham berkenaan sama ada tidak berubah, meningkat ataupun menurun. Warna-warna ini juga ada di dalam portfolio kita untuk menandakan keuntungan atau kerugian yang belum realised.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)