fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Secara Keseluruhannya Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal teramat rendah tengah hari ini, dengan tekanan jualan dilihat di keseluruhan pasaran, didahului oleh sektor perkhidmatan kewangan.

Indeks penanda aras utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 22.99 mata kepada 1,651.36 daripada 1,674.35 ketika ditutup sebelum ini.

Indeks utama dibukan 2.49 mata lebih tinggi kepada 1,676.84 dan bergerak antara 1,649.47 dan 1,678.11 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran juga negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 883 berbalas 260, manakala 430 kaunter tidak berubah, 594 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.14 bilion unit bernilai RM2.05 bilion.

Sementara itu, pelabur di rantau Asia mengambil sikap berhati-hati kerana sentimen agak berbelah bahagi antara keyakinan terhadap pelancaran vaksin COVID-19 serta pemulihan ekonomi global dengan kebimbangan meningkatnya kadar penularan pandemik.

Di bursa serantau, Bursa Saham Shanghai China naik 0.13 peratus kepada 3,409,31, Indeks Straits Times Singapura turun 0.13 peratus menjadi 2,854,21, Nikkei 225 Jepun menyusut 0.12 peratus kepada 26,774,73, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.67 peratus menjadi 26,499.90 dan Kospi Korea Selatan meningkat 0.16 peratus kepada 2,774.94.

Seorang peniaga berkata kebanyakan pasaran Asia gagal menjejaki pasaran saham Amerika Syarikat yang ditutup tinggi pada rekod baharu, disokong oleh keyakinan bahawa pakej rangsangan bernilai US$900 bilion kini semakin nyata.

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia dibuka agak tinggi tetapi kemudian menyusut selepas lima minit diniagakan dan terus bergerak rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung ke atas saham berwajaran tinggi, kata beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 18 sen kepada RM8.52, Public Bank jatuh  78 sen kepada RM20.72, Tenaga menyusut enam sen kepada RM10.74, Petronas Chemicals berkurangan tujuh sen kepada RM7.49 dan Top Glove lebih rendah lapan sen kepada RM6. 62.

Saham paling cergas pula, VSolar dan Techna-X masing-masing menambah satu sen kepada lima sen dan 19.5 sen, MNC Wireless naik setengah sen kepada 5.5 sen, Hiap Teck Venture turun tiga sen kepada 41 sen sementara waran Focus Dynamics tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 148.82 mata pada 11,882.89, Indeks FBMT 100 merosot 149.10 mata kepada 11,645.10, Indeks FBM Emas Syariah turun 107.26 mata kepada 13,311.02, FBM 70 lebih rendah 143.90 mata kepada 15,223.94, dan FBM ACE kerugian 19.92 mata kepada 10,583.34.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.16 mata kepada 174.58, Indeks Perladangan turun 70.76 mata kepada 7,358.62, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut  293.01 mata kepada 15,433.20.

– BERNAMA

Share346ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In