fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Petang Ini Kerana Kegiatan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Kegiatan pengambilan untung membabitkan kaunter berwajaran tinggi di sektor perkhidmatan kewangan menyaksikan Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan kukuhnya yang diraih sejak dua hari lepas.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 7.06 mata lebih rendah pada 1,674.35 berbanding 1,681.41 ketika ditutup petang Rabu.

Indeks utama dibuka tinggi sebanyak 2.86 mata pagi ini kepada 1,684.27 dan bergerak antara 1,669.69 dan 1,684.30 sepanjang sesi urus niaga hari ini.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 790 berbalas 445 manakala 454 kaunter tidak berubah, 454 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 9.24 bilion saham bernilai RM4.33 bilion daripada 11.22 bilion saham bernilai RM5.21 bilion sebelumnya.

Sementara itu, bursa serantau Asia yang lain diniagakan bercampur-campur di celah-celah penurunan saham semalaman di Amerika Syarikat meskipun Dow agak positif ketika berita ini ditulis.

Para pelabur Wall Street dikatakan memberi tindak balas positif kepada berita menyatakan penggubal undang-undang AS telah hampir mencapai kesepakatan dalam urusan bantuan koronavirus di samping petunjuk Rizab Persekutuan AS cenderung ke arah mengekalkan kadar faedah menghampiri sifar, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2023.

Di bursa serantau, Bursa Saham Shanghai China meningkat 1.13 peratus kepada 3,404.87, Indeks Straits Times Singapura turun 0.49 peratus kepada 2,858.59, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.18 peratus kepada 26,806.67, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.82 peratus kepada 26,678.38 dan Kospi Korea Selatan susut 0.05 peratus kepada 2,770.43.

Di pasaran tempatan, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata bursa dibuka tinggi untuk seketika sebelum menyusut berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung ke atas saham berwajaran tinggi, didahului oleh kaunter teratas FBM KLCI dan sektor perkhidmatan kewangan.

“Kemunculan semula kebimbangan terhadap penularan COVID-19 menjejaskan sentimen di pasaran selepas Korea Selatan mencatatkan rekod baharu jumlah kematian pada Khamis,” kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Telekom menyaksikan penyusutan ketara sebanyak 2.55 peratus untuk seharian manakala Kuala Lumpur Kepong mendahului kaunter untung dengan melonjak 3.33 peratus.

Berdasarkan sektoral, beliau berkata Indeks Kewangan mencatatkan kejatuhan terbesar dengan 1.40 peratus kerana aktiviti pengambilan untung sebelum musim cuti perayaan sementara sementara Indeks Perladangan yang paling untung, meningkat 0.89 peratus, didorong oleh harga minyak sawit mentah yang kukuh.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank turun 38 sen kepada RM21.50, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM7.56 dan Top Glove jatuh tujuh sen kepada RM6.70.

Maybank naik tiga sen kepada RM8.70 sementara Tenaga tidak berubah pada RM10.80.

Saham paling cergas pula, waran Seacera naik setengah sen kepada satu sen, Sino Hua-An turun setengah sen kepada 18.5 sen, sementara waran Focus Dynamic, Sapura Energy dan Bumi Armada, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen, 13 sen dan 38.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 69.28 mata kepada 12,031.71, Indeks FBMT 100 merosot 69.30 mata kepada 11,794.20, FBM 70 lebih rendah sebanyak 166.97 mata kepada 15,367.84, Indeks FBM Emas Syariah menyusut 15.18 mata kepada 13,418.28, sementara FBM ACE memperoleh 17.0 mata kepada 10,603.26.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.07 mata kepada 175.74, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 223.69 mata kepada 15,726.21, tetapi Indeks Perladangan naik 65.61 mata kepada 7,429.38.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 5.95 bilion saham bernilai RM3.59 bilion daripada 7.84 bilion saham bernilai RM4.40 bilion pada hari Rabu.

Perolehan waran berkurangan kepada 700.92 juta unit bernilai RM118.83 juta daripada 912.82 juta unit bernilai RM155.06 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.59 bilion saham bernilai RM622.36 juta daripada 2.47 bilion saham bernilai RM655.57 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 639.57 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian  (1.45 bilion), pembinaan (672.21 juta), teknologi (303.68 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (94.77 juta), hartanah ( 756.08 juta), perladangan (64.78 juta), REIT (14.87 juta), dana tertutup (24,200), tenaga (1.63 bilion), penjagaan kesihatan (65.90 juta), telekomunikasi dan media (93.71 juta), pengangkutan dan logistik (73.64 juta), dan utiliti (86.0 juta).

– BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In