fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mampukah FBM KLCI Mencapai Paras 1700 Mata Hujung Tahun Ini?

in Catalyst
A A
Mampukah FBM KLCI Mencapai Paras 1700 Mata Hujung Tahun Ini?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

FBM KLCI adalah singkatan kepada FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index. FTSE pula adalah singkatan bagi Financial Times Stock Exchange. Indeks FBM KLCI menghimpunkan 30 saham terbesar di Bursa Malaysia mengikut saiz modal pasarannya.  Indeks ini menjadi penanda aras kekuatan pasaran saham tempatan.

Sekiranya indeks FBM KCLI menaik, secara psikologinya pelabur tempatan dan luar negara akan berpendapat bahawa pasaran saham sedang berada dalam keadaan positif dan begitulah sebaliknya. 30 syarikat di dalam indeks ini akan berubah bergantung kepada prestasi syarikat.

Jika di Malaysia kita ada FBM KLCI, di pasaran saham Amerika Syarikat iaitu Wall Street kita pula ada Dow Jones yang turut menghimpunkan 30 saham dengan modal pasaran terbesar di sana.  Sebelum melihat prestasi indeks FBM KLCI, mari kita lihat terlebih dahulu statistik dagangan pada bulan November 2020.

Statistik Perdagangan November 2020

Sumber : Bursa Malaysia

Nilai keseluruhan dagangan bagi bulan November 2020 adalah sebanyak RM108.3 bilion. Carta di sebelah kiri menunjukkan pelabur runcit tempatan mendominasi pasaran dengan peratusan sebanyak 35.67% daripada jumlah tersebut. Jerung tempatan pula mengekori rapat di belakang dengan 28.83%.

Carta di sebelah kanan pula merupakan jumlah dagangan (volume traded) bagi bulan November 2020 iaitu sebanyak 222.3 bilion. Daripada sudut volume, pelabur runcit tempatan juga mendominasi Bursa Malaysia. Statistik ini menunjukkan perkara yang positif kerana pasaran tempatan berjaya menarik minat pelabur runcit tempatan untuk melabur dalam pasaran saham.

Sumber : Bursa Malaysia

Pada bulan November 2020, pelabur institusi asing telah menjual lebih banyak daripada membeli saham dalam pasaran tempatan. Namun, ianya diimbangi dengan sokongan kuat daripada pelabur institusi dan pelabur runcit tempatan dengan nilai belian dilihat lebih tinggi daripda nilai jualan.

Para institusi tempatan membeli sebanyak RM31.5 bilion dan menjual sebanyak RM30.9 bilion. Pelabur runcit pula telah membeli sebanyak RM38.9 bilion dan menjual sebanyak RM38.4 bilion.

Daripada segi volume, nampak gayanya kita sebagai rakyat Malaysia boleh berbangga melihat statistik ini. Di kala para institusi tempatan dan asing lebih kepada menjual daripada membeli, kesemua volume jualan ini diimbangi oleh pelabur runcit tempatan. Pelabur runcit tempatan telah membeli sebanyak 98.7 bilion unit berbanding hanya menjual sebanyak 94.3 bilion unit.

Daripada statistik bulan November ini, dijangka pasaran tempatan akan terus disokong kuat oleh pelabur runcit dan pelabur institusi tempatan. Kemasukan beramai-ramai pelabur runcit ke dalam pasaran merupakan satu perkara yang positif. Pelabur institusi tempatan pula dijangka aktif untuk mencantikkan portfolio mereka sebelum membentangkan portfolio kepada klien, yang juga dikenali sebagai Window Dressing.

Baca: Apa Itu Window Dressing? Kadang-Kadang Orang Saham Panggil ‘Magic Show’

Prestasi FBM KLCI Sepanjang Tahun 2020

Sumber : Trading View

Pasaran saham tempatan mengalami market crash yang dahsyat pada tahun ini kesan daripada pandemik Covid-19. Ia bukan sahaja mempengaruhi 30 saham konstituen FBM KLCI, namun syarikat-syarikat lain juga terjejas teruk. Paras terendah FBM KLCI pada tahun 2020 dicatatkan pada 19 Mac 2020 pada 1,219.72 mata.

Sumber ; Investing.com

Sejak daripada itu, FBM KLCI membuat rebound dan membuat cubaan untuk kembali ke paras sebelum Covid-19. Beberapa percubaan dibuat sepanjang bulan Julai sehingga September namun telah menemui kegagalan.

Akhirnya FBM KLCI membuat breakout pada 3 Disember 2020 dan berjaya memecahkan paras resistance 1,618.00 mata tersebut. Resistance tadi telah bertukar menjadi support pula yang melihatkan FBM KLCI bertahan di paras sokongan yang kuat ini. Kemudiannya pada 8 Disember 2020, FBM KLCI meneruskan lagi rally untuk membuat percubaan menuju ke paras psikologi 1,700 mata. Setakat artikel ini ditulis, FBM KLCI berada pada paras 1695.38 mata.

Mampukah FBM KLCI melepasi paras psikologi 1,700 mata menjelang tahun 2021? Sama-sama kita nantikan.

Sektor-sektor yang dilihat membantu prestasi FBM KLCI untuk menuju ke paras psikologi 1,700 ini datangnya daripada sektor perbankan. Sektor sarung tangan pula dilihat masih sendu kerana sentimen kejayaan vaksin menyebabkan pelabur mula beralih ke kaunter vaksin. Indeks FBM KLCI dijangka mampu untuk melepasi paras 1,700 mata menjelang 2021 sekiranya sektor perbankan meneruskan rally dan sekiranya sektor pembuatan sarung tangan kembali mendapat minat para pelabur.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, memperkenalkan:

WEBINAR SENANG SAHAM

bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)

#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?

Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang -> https://thekapital.my/senangsaham19Dis

Share280ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In