fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kerajaan Dijangka Membuat Pengumuman Mengenai HSR Akhir Tahun Ini

in Market Update
A A
Kerajaan Dijangka Membuat Pengumuman Mengenai HSR Akhir Tahun Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjelang akhir tahun ini, demikian menurut RHB Research.

Katanya, unjuran itu dibuat berdasarkan sesi libat urusnya dengan sebilangan penggiat industri.

“Berdasarkan semakan kami dengan sebilangan penggiat industri infrastruktur, kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenai projek HSR tidak lama lagi.

“Laporan media memetik sumber sebagai berkata, kerajaan dijangka meneruskan projek itu, namun tanpa Singapura, dan bersedia membayar pampasan sebanyak RM300 juta kepada Singapura,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya hari ini.

Ia berkata landasan itu, pada masa ini dicadangkan untuk berakhir di Bukit Chagar, Johor Bahru yang menghubungkan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

“Masih ada dua landasan lagi — laluan terus dan transit dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dan stesen  di antara Kuala Lumpur dengan Johor Bahru adalah sama seperti cadangan awal iaitu Bandar Malaysia, Seremban, Ayer Keroh/Jasin, Muar/Pagoh, Batu Pahat.

“Stesen Putrajaya mungkin ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum tiba di Bandar Malaysia.

“Sebelum ini, kita mengharapkan laluan yang lancar dari Bandar Malaysia ke Singapura memandangkan kemudahan perjalanan, serta potensi rangsangan daripada projek ini terhadap hartanah Malaysia,” katanya.

RHB Research berkata jumlah pengembara di antara Kuala Lumpur dengan Singapura akan meningkat dengan ketara dalam jangka panjang berikutan Singapura merupakan hab kewangan antarabangsa yang terkenal.

“Bagaimanapun, sekiranya HSR akan berakhir di Bukit Chagar, Johor Bahru, kami berpendapat kesan limpahan tidak begitu penting, namun, masih kekal positif untuk keseluruhannya, terutamanya bagi stesen yang menghubungkan kedua-dua terminal itu. 

“Perniagaan tempatan dan pengembara pada hujung minggu dari Singapura akan menjadi penyumbang utama penumpang sistem pengangkutan awam,” katanya.

Walaupun ia tidak dapat mengesahkannya sehinggalah kerajaan membuat pengumuman, RHB Research berkata saham hartanah terpilih dijangka menyaksikan peluang dagangan pada masa akan datang.

Sekiranya jajaran yang disarankan sebelum ini tidak berubah, penerima manfaat utama adalah Sime Darby Property berikutan simpanan tanahnya yang sangat besar di Labu dan Pagoh, IOI Properties dengan simpanan tanah di  Ayer Keroh dan Jasin dan Matrix Concepts dengan simpanan tanah berhampiran KLIA dan Seremban. 

“Syarikat yang mempunyai simpanan tanah yang besar di Iskandar dijangka turut meraih manfaat dalam jangka panjang berikutan realisasi RTS ini, yang akan disiapkan lebih awal pada 2025-2026 berbanding HSR,” kata RHB Research.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In