fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Kukuh

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) —  Bursa Malaysia meneruskan keuntungan untuk mengakhiri sesi pagi lebih kukuh, didorong oleh sentimen positif di pasaran selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen semalam.

Pergerakan di pasaran tempatan seiring dengan bursa serantau lain, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman saham-saham AS yang melonjak dengan ketara selepas pelabur memberi tindak balas kepada tanda-tanda bahawa rang undang-undang pakej rangsangan fiskal akan diluluskan tidak lama lagi, kata para peniaga.

Indeks penanda aras utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.21 mata kepada 1,686.23 daripada 1,674.05 ketika ditutup sebelumnya.

Pagi ini, indeks utama dibuka 20.31 mata lebih tinggi kepada 1,694.33 dan bergerak antara 1,685.48 dan 1,695.87 sepanjang sesi itu.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi 791 berbalas 380 manakala 466 kaunter tidak berubah, 507 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.72 bilion unit bernilai RM2.74 bilion.

Di pasaran serantau, Bursa Saham Shanghai China meningkat 0.18 peratus kepada 3,373,16, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.40 peratus kepada 2,868,12 dan Nikkei 225 Jepun naik 0.13 peratus kepada  26,723,49, dan Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 0.82 persen menjadi 26,422.87.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan diniagakan tinggi pada sesi pagi, dipacu oleh limpahan positif kegiatan membeli selepas Belanjawan 2021 diluluskan semalam.

“Sentimen pasaran kekal kukuh dengan minat belian berterusan dilihat untuk saham berwajaran tinggi,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM8.89, Public Bank naik 32 sen kepada RM22.00 dan Top Glove meningkat 34 sen kepada RM6.75.

Petronas Chemicals turun 44 sen kepada RM7.52, sementara Tenaga tidak berubah pada RM10.80.

Untuk kaunter paling cergas pula, Sino Hua-An dan Dynaciate masing-masing meningkat satu sen kepada 21.5 sen dan 13 sen, waran Bina Puri meningkat tiga sen kepada 7.5 sen, waran Tiger Synergy menokok lapan sen kepada 9.5 sen sementara waran Focus Dynamics tidak berubah pada 3.5 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 105.42 mata kepada 12,114.45, Indeks FBMT 100 melonjak 101.36 mata kepada 11,877.25, FBM 70 melambung 192.47 mata kepada 15,473.60, FBM ACE naik 80.92 mata kepada 10,772.24, dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 133.62 mata kepada 13,430.58.

Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 71.91 mata kepada 16,023.63, Indeks Perladangan turun 3.45 mata kepada 7,388.44, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 2.32 mata kepada 175.33.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In