fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Positif

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia, yang bermula dengan kukuh pada sesi pagi tetapi menyaksikan penurunan pada tengah hari, berjaya ditutup positif hari ini sejajar dengan bursa serantau dalam persekitaran optimisme dalam pasaran.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 7.39 mata kepada 1,681.41 daripada 1,674.05 semasa ditutup pada Selasa.

Ia dibuka tinggi 20.31 mata kepada 1,694.33 dan berada antara 1,679.39 dan 1,695.87 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 830 berbanding 453, manakala 458 kaunter tidak berubah, 403 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 11.22 bilion saham bernilai RM5.21 bilion daripada 9.96 bilion saham bernilai RM5.02 bilion pada Selasa.

Di peringkat serantau, saham Asia kebanyakannya tinggi mengambil petunjuk daripada saham Amerika Syarikat (AS) yang meningkat semalaman dengan Wall Street melepasi penurunan selama empat hari berturut-turut berikutan pelabur memberi reaksi terhadap tanda-tanda bahawa rang undang-undang rangsangan fiskal akan diluluskan tidak lama lagi.

Bursa Saham Shanghai China susut 0.01 peratus kepada 3,366.98, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.55 peratus kepada 2,872.47, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.26 peratus kepada 26,757.40 dan Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.97 peratus kepada 26,460.29.

Di peringkat tempatan, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata bursa tinggi sepanjang hari, berikutan pelabur memberi respons positif terhadap kelulusan Belanjawan 2021, yang bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi.

“Pelabur turut menunggu petunjuk daripada Rizab Persekutuan AS, yang dijangka mengeluarkan unjuran baharu terhadap ekonomi lewat hari ini yang menunjukkan peningkatan, untuk hala tuju pasaran,” katanya kepada Bernama.

Mengenai konstituen FBM KLCI, katanya kaunter sarung tangan getah seperti Top Glove menyaksikan minat belian, yang menjadikan saham tersebut kaunter paling untung selepas harga sahamnya naik 5.9 peratus hari ini berikutan kemajuan mengenai pelaksanaan vaksin COVID-19 yang meningkatkan sentimen mengambil risiko.

Petronas Chemicals mencatatkan penurunan terbesar, merosot 4.5 peratus, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat 20 sen kepada RM21.88 dan Top Glove naik 36 sen kepada RM6.77.

Maybank merosot empat sen kepada RM8.81 dan Petronas Chemicals berkurangan 36 sen kepada RM7.60 manakala Tenaga tidak berubah pada RM10.80.

Daripada saham cergas, Sino Hua-An susut 1.5 sen kepada 19 sen, waran Bina Puri menambah dua sen kepada 6.5 sen, Tiger Synergy naik empat sen kepada 16.5 sen manakala warannya meningkat lapan sen kepada 9.5 sen dan waran Sunzen Biotech naik dua sen kepada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 91.96 mata kepada 12,100.99, Indeks FBMT 100 naik 87.61 mata kepada 11,863.50, FBM 70 melonjak 253.68 mata kepada 15,534.81 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 136.50 mata kepada 13,433.46, bagaimanapun FBM ACE susut 105.06 mata kepada 10,586.26,

Sementara itu, Indeks Perladangan berkurangan 28.12 mata kepada 7,363.77 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.84 mata kepada 175.81 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 1.82 mata kepada 15,949.90.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 7.84 bilion saham bernilai RM4.40 bilion daripada 6.17 bilion saham bernilai RM4.12 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran naik kepada 912.82 juta unit bernilai RM155.06 juta daripada 871.51 juta unit bernilai RM146.27 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.47 bilion saham bernilai RM655.57 juta daripada 2.92 bilion saham bernilai RM743.49 juta semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.13 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.75 bilion), pembinaan (1.32 bilion), teknologi (524.95 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (116.83 juta), hartanah (1.27 bilion), perladangan (79.31 juta), REIT (15.73 juta), dana tertutup (26,000), tenaga (1.27 bilion), penjagaan kesihatan (99.48 juta), telekomunikasi dan media (55.20 juta), pengangkutan dan logistik (108.86 juta) dan utiliti (110.15 juta).

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In