KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Econpile (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd telah Bhd berjaya meraih subkontrak kerja-kerja cerucuk dan substruktur bagi pembinaan kompleks hiburan bersepadu bernilai RM347.6 juta (US$85.7 juta) di Phnom Penh, Kemboja.
Projek tersebut yang dianugerahkan oleh MCC International Incorporation Ltd, dijangka siap dalam tempoh 30 bulan, demikian menurut Econpile dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
“Selain itu, projek tersebut juga dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021 dan seterusnya,” katanya.
Econpile juga tidak menjangkakan sebarang risiko ketara selain risiko operasi yang berkaitan dengan projek tersebut sepanjang tempoh kontrak berkenaan.
Pihak pengurusan akan turut melaksanakan langkah dan prosedur operasi bagi mengurangkan impak atau kemungkinan berlakunya perkara sedemikian, katanya.
— BERNAMA