• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Akan Perbaiki Gearan Bersih Menerusi Penempatan Persendirian

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Serba Dinamik Holdings Bhd menjangkakan cadangan penempatan persendirian kumpulan akan menyaksikan gearan bersihnya berada antara 0.5x dan 0.6x daripada 0.88x sebaik sahaja pelaksanaannya selesai pada Januari 2021.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata keseluruhan pelaksanaan penempatan persendirian itu dijangka selesai pada akhir Januari selepas mendapat kelulusan daripada pemegang saham kumpulan di mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan pada 20 Jan.

“Serba Dinamik bercadang untuk menerbitkan 336,830,000 saham baharu di pasaran. Pada masa ini, harga sesaham belum lagi ditentukan dan ia akan berdasarkan kepada harga semasa pada tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Abdul Karim berkata sekiranya harga berdasarkan kepada harga penutupan setakat 7 Dis, 2020 iaitu RM1.95, penempatan persendirian yang dicadangkan itu akan membolehkan Serba Dinamik menjana ekuiti tambahan berjumlah RM656.8 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, Serba Dinamik mengumumkan ia berhasrat mengumpul sejumlah RM515.35 juta daripada penempatan persendirian bagi membayar semula pinjaman bank serta membiayai sebahagian daripada projeknya.

Kumpulan itu berkata ia akan menerbitkan sehingga 336.83 juta saham baharu, mewakili 10 peratus daripada jumlah modal saham terbitan sebanyak 3.37 bilion saham setakat 30 Nov.

Abdul Karim berkata pada masa ini, terdapat tiga penganjur yang berminat untuk turut serta dalam cadangan penempatan iaitu sehingga 3.0 peratus.

“Syarikat turut berharap yang selebihnya daripada pelabur tempatan dan antarabangsa,” tambah beliau.

Daripada cadangan penempatan persendirian itu, RM100 juta akan digunakan sebahagiannya untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM626.99 juta, RM100 juta untuk Limbungan Teluk Ramunia kumpulan di Johor dan RM303.46 juta untuk projek-projek di Abu Dhabi. 

Abdul Karim berkata pembinaan kemudahan bangunan di Limbungan Teluk Ramunia dijangka bermula pada suku pertama 2021 dan akan siap pada suku pertama 2022. 

Limbungan Teluk Ramunia, yang diambil alih oleh Serba Dinamik daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Jun tahun ini, akan mempunyai kapasiti sehingga 10,000 tan untuk melakukan fabrikasi keluli dari platform luar pesisir dan struktur-struktur lain pada 2021.

Sebaik sahaja selesai pembinaan pada 2022, limbungan Teluk Ramunia akan mempunyai kapasiti 50,000 tan dan akan menyumbang kepada pendapatan kumpulan bermula April tahun depan, kata Abdul Karim.

Bagi projek infrastruktur Serba Dinamik di Abu Dhabi, beliau berkata projek-projek itu akan bermula pada tahun hadapan dan siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In