fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah pagi ini, mengambil isyarat daripada penyusutan semalaman dalam saham Amerika Syarikat untuk hari keempat berturut-turut pada Isnin berikutan pelabur mempertimbangkan perkembangan pakej rangsangan dan pengagihan vaksin.

Pelabur menantikan keputusan sama ada pembuat dasar di Washington akan mencapai persetujuan dalam pakej rangsangan bernilai US$908 bilion itu, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 0.38 sen kepada 1,662.36 daripada 1,662.74 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ia dibuka rendah 1.2 mata kepada 1,661.54.

Keseluruhan suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 364 kepada 168, manakala 354 kaunter tidak berubah, 1,269 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 431.45 juta unit bernilai RM171.65 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata FBM KLCI memulakan minggu ini dalam keadaan negatif di tengah-tengah pengambilan untung secara meluas terhadap kaunter KLCI, serta penjualan syarikat berkaitan sarung tangan getah semalam.

Jelasnya, kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya sekatan perjalanan telah menakutkan peniaga kerana Wall Street akan terus jatuh disebabkan tekanan jualan dengan Indeks Dow Jones turun 184 mata untuk ditutup di bawah paras 30,000, justeru, pasaran serantau dijangka menyaksikan sedikit penyusutan hari ini.

“Bagi bursa tempatan, kami menjangkakan aktiviti pengambilan untung akan berterusan di tengah-tengah beberapa perkembangan mengenai politik tempatan, serta penjualan semula kaunter sarung tangan getah.

“Oleh itu, kami mengunjurkan FBM KLCI mengalami pengukuhan hari ini dengan 1,650 sebagai paras sokongan segera. Bagaimanapun, kami yakin suasana pasaran akan terus kukuh. Jadi, kami menasihatkan pelabur untuk membuat belian pada waktu lemah,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank rendah empat sen kepada RM8.86, Tenaga jatuh dua sen kepada RM10.58, Public Bank naik 30 sen kepada RM21.60, Top Glove meningkat 14 sen kepada RM6.44, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.85.

Dalam kalangan saham aktif, AirAsia X rendah satu sen kepada 9.5 sen, XOX turun setengah sen kepada 10 sen, TA Win naik 1.5 sen kepada 24 sen manakala Alam Maritim dan Key Alliance tidak berubah masing-masing pada sembilan sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 11.32 mata kepada 11,920.64, Indeks FBMT 100 turun  9.77 mata kepada 11,690.46, FBM 70 susut 40.51 mata kepada 15,157.12, dan FBM ACE rendah 55.48 mata kepada 10,412.64.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 2.07 mata kepada 13,210.66.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.20 mata kepada 176.65, Indeks Perladangan meningkat 9.02 mata kepada 7,351.61, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun  103.09 mata kepada 15,811.25.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In