• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengenepikan trend bursa serantau yang lain dengan mengurangkan kerugian awal untuk mengakhiri sesi awal dagangan lebih kukuh, dipacu oleh belian membabitkan saham berwajaran tinggi.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.25 mata kepada 1,669.99 daripada 1,662.74 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama dibuka 1.2 mata lebih rendah pagi ini pada 1,661.54 dan bergerak antara 1,655.88 dan 1,676.81 pada seso dagangan awal.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, ia kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 693 berbalas 399 sementara 478 kaunter tidak berubah, 576 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.88 bilion unit bernilai RM2.34 bilion.

Di pasaran serantau, Bursa Saham Shanghai China turun 0.45 peratus kepada  3,354.02, Indeks Straits Times Singapura menyusut 0.38 peratus kepada 2,847.24 dan Nikkei 225 Jepun merosot 0.29 peratus kepada 26,654.42 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong jatuh 0.65 peratus kepada 26,216.60.

 Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka rendah pagi ini, meneruskan kejatuhan semalam seiring dengan prestasi kurang memberangsangkan bursa serantau lain yang tertekan oleh kejatuhan semalaman pasaran AS untuk hari keempat berturut-turut.

Para pelabur dikatakan masih mempertimbangkan mengenai kemajuan pakej rangsangan bernilai US$908 bilion serta pengedaran vaksin COVID-19.

Kebimbangan mengenai peningkatan kematian, jangkitan dan sekatan pergerakan bagi membendung COVID-19 terus menekan keyakinan terhadap perkembangan vaksin, kata beliau.

“Di pasaran tempatan, aktiviti pengambilan untung semalam berterusan ke pagi ini ketika dagangan dibuka, di celah-celah perkembangan politik serta penjualan baharu di kaunter sarung tangan getah.

“Namun begitu, sentimen pasaran masih lagi utuh dengan pasaran menyaksikan kegiatan membeli membabitkan saham berwajaran tinggi yang telah melonjakkan indeks petunjuk pada akhir sesi dagangan pagi,” tambah beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank naik 40 sen kepada RM21.70, Petronas Chemicals meningkat dua sen pada RM7.87, Tenaga menokok 20 sen kepada RM10.80 dan Top Glove menambah lapan sen kepada RM6.38.

Maybank susut enam sen kepada RM8.84.

Bagi saham paling cergas pula, Sino Hua-An meningkat tiga sen kepada 19 sen dan Yong Tai menambah dua sen kepada 30.5 sen sementara XOX, Iris dan P.A Resources, masing-masing tidak berubah pada 10.5 sen, 37 sen dan 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 23.4 mata pada 11,955.36, Indeks FBMT 100 naik 26.87 mata kepada 11,727.10, FBM ACE mengukuh 140.05 mata kepada 10,608.17, dan Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi 25.63 mata kepada 13,234.22.

FBM 70 berkurangan 59.99 mata kepada 15,137.64.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.30 mata kepada 176.15, Indeks Perladangan turun 20.84 mata kepada 7,321.75 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.85 mata kepada 15,902.49.

– BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In