• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bekas Ahli Parlimen Labuan Dilantik Semula Sebagai Pengerusi ASB

in Catalyst
A A
Bekas Ahli Parlimen Labuan Dilantik Semula Sebagai Pengerusi ASB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

LABUAN, 14 Dis (Bernama) — Bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman dilantik semula sebagai Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan Sabah, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), berkuat kuasa 1 Disember.

Suhaili mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sabah dan Persekutuan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui ASB, hab logistik terkenal dunia, dan berjanji untuk mengekalkan kedudukannya sebagai hab minyak dan gas (O&G) serantau dalam tempoh yang mencabar dan pengurangan perbelanjaan modal dalam perniagaan penerokaan berkaitan O&G. 

“Sudah tiba masanya untuk memanfaatkan pendedahan saya dalam industri, pemahaman (tentang industri), dan pengalaman saya sebelum ini sebagai pengerusi pihak berkuasa tempatan, Perbadanan Labuan, bagi memastikan reputasi ASB dilindungi dengan baik dan imejnya tetap kukuh,” katanya kepada Bernama.

Suhaili, yang memegang jawatan tersebut dari 2002-2009, amat diingati bagi pembesaran ASB yang membuka laluan kepada mempunyai dermaga dan jeti dermaga sendiri.

Beliau turut bertanggungjawab menggalakkan Petronas mendirikan loji metanol keduanya di Labuan.

ASB menempatkan lebih 100 syarikat multinasional dan tempatan terutamanya yang terlibat dalam sektor perkhidmatan O&G dan tenaga.

Suhaili, yang juga ahli majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ketua Bersatu Labuan, telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation dan ahli majlis penasihat Perbadanan Labuan baru-baru ini.

— BERNAMA

Share289ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In