KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Ajinomoto (Malaysia) Bhd menerima kemudahan pembiayaan Islam berkaitan kemampanan sehingga RM100 juta daripada MUFG Bank (Malaysia) Bhd.
Kemudahan lima tahun itu akan digunakan bagi membiayai sebahagian pembinaan kilang baharu di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, termasuk kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrik, dan pembelian mesin dan peralatan, kata pembuat bahan perasa itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ajinomoto berkata nisbah gearannya adalah pada 0.2 berdasarkan kepada penyata kewangan syarikat yang telah diaudit pada 31 Mac, 2020, dengan mengandaikan kemudahan tersebut telah diberikan sepenuhnya.
— BERNAMA