• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

#SmellTheRoses 14 Disember 2020

in Market Update
A A
#SmellTheRoses 14 Disember 2020

Photo by picjumbo.com from Pexels

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia ditutup positif pada hari Jumaat, naik 30.19 mata kepada 1684.58 dengan jumlah dagangan 10.031 billion yang bernilai RM 6.188 billion menjadikan 626 kaunter menaik, 690 kaunter menurun dan 433 kaunter tidak berubah.

Di antara kaunter-kaunter yang aktif didagangkan adalah IRIS, ARMADA, HUAAN, SAPNRG, NEXGRAM, KNM, AAX, HIBISCS dan HIAPTEK, manakala kaunter untung pula adalah PBBANK, CARLSBG, HEIM, HLFG dan LPI.

Berdasarkan analisa teknikal, FBMKLCI kini telahpun berjaya melepasi rintangan 52-week-high pada 3 Disember 2020 lalu dan meneruskan ‘rally’ sehingga Jumaat. Para penganalisa menjangkakan KLCI bakal melepasi 1700 mata hujung tahun ini.

Namun para pelabur dan pedagangan masih perlu berhati-hati kerana sentimen negara masih kurang baik. Di antaranya adalah, peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang masih tinggi, keadaan politik yang tidak menentu, peningkatan penangguran, perintah kawalan pergerakan disebabkan keadaan pandemik yang belum reda.

Carta KLCI (Sumber: ShareInvestor)

Komoditi

Harga emas kini berada di sekitar paras USD1,840 per auns dan dilihat sedang bergerak di dalam descending channel pattern. Sekiranya harga emas tak berjaya melepasi rintangan, harga emas dijangka akan kembali semula pada paras sokongan minggu lalu iaitu sekitar USD1,760.

Carta Emas (Sumber: Investing.com)

Harga minyak mentah Crude Oil WTI kini berada di paras USD46 manakala Brent Oil Jumaat lalu telah pun berjaya berada di paras $50. Kenaikan harga minyak mentah secara tidak langsung didorong oleh dua telaga minyak di wilayah Kirkuk, Iraq telah dibom pada 9 Disember 2020 lalu yang dipercayai dilakukan oleh pasukan militan IS.

Harga minyak kelapa sawit bagi kontrak Februari di Bursa Malaysia kini berlegar-legar sekitar RM3,176 – RM3,413 dan dalam cubaan melepasi rintangan tersebut.  Walaupun industri minyak sawit mendapat manfaat pengecualian duti eksport bernilai RM 325.2 juta setakat 27 November 2020, namun sentiment pasaran yang agak lemah ditambah pula kebimbangan terhadap pengurangan pengeluaran.

Carta FCPO (Sumber: TradingView)

Statistik & Data Ekonomi

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) menyusut 0.5% pada Oktober 2020 berbanding bulan yang sama tahun 2019. Penyusutan ini adalah disebabkan oleh penurunan 10.6% dalam indeks Perlombongan sementara indeks Pembuatan berkembang 2.4% dan indeks Elektrik berkembang 1%.

Selain daripada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia juga melaporkan kadar pengangguran meningkat 0.1% berbanding bulan sebelumnya 4.7% pada Oktober 2020 dengan jumlah 748.2 ribu orang penganggur.

Minggu Ini

Pasaran dijangka akan terus dibanjiri berita-berita yang berkaitan vaksin dan pengambilan untung juga di jangka akan berlaku bila-bila oleh masa kerana KLCI telah ‘rally’ sepanjang minggu lepas.

Penulisan ini adalah bertujuan bertujuan Pendidikan. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.

Share272ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In