• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?

in Asas Saham
A A
Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
Sumber : pxfuel

Di dalam pasaran saham, kita sering mendengar terma-terma yang berkaitan dengan haiwan seperti Bull (Lembu) yang menggambarkan pasaran meningkat naik, Bear (Beruang) yang menggambarkan pasaran menurun dan kangaroo (kanggaru) yang menggambarkan pasaran naik dan turun seolah-olah melompat seperti kanggaru.

Jika anda pernah dengar terma-terma ini, sudah pasti anda pernah mendengar terma lain seperti jerung dan bilis. Siapakah jerung dan siapakah bilis ini pula?

Jerung merujuk kepada pelabur institusi. Pelabur institusi merupakan kepada atau organisasi yang melaburkan wang atau dana bagi pihak orang lain. Antara contoh jerung adalah mutual funds, syarikat takaful dan insurans, syarikat wang simpanan persaraan pekerja dan pelbagai lagi. Pelabur institusi sering membeli dan menjual sejumlah besar saham, bon, atau sekuriti lain dan untuk itu dianggap sebagai jerung di Malaysia manakala di Wall Street pelabur institusi digelar sebagai ikan paus.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Di antara contoh-contoh jerung di Malaysia adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

Pelabur institusi pada kebiasaannya dikenakan peraturan yang ketat berbanding pelabur runcit kerana para institusi mempunyai pakar-pakar yang lebih berpengetahuan dan mampu melindungi pelaburan mereka sendiri.  Masing-masing ada mandat yang diberikan, sebagai contoh tidak boleh melabur ke dalam saham penny stock atau saham di bawah harga RM1.

Atau hanya dibenarkan untuk beli saham-saham di dalam indeks FBM KLCI saja.

Top 30 Pegangan Saham Oleh KWSP Setakat 30 September 2020

Sumber : Asri Ahmad Academy

Jom kita tengok pula contoh pegangan saham oleh jerung-jerung di dalam Bursa Malaysia yang memiliki syarikat Hartalega (HARTA).

Sumber : Bursa Marketplace

Setiap pelabur (jerung) yang mempunyai pegangan saham yang banyak perlu melaporkan pegangan saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Dalam contoh Hartalega di atas, kita boleh lihat senarai Top 10 pelabur yang memegang saham dalam syarikat Hartalega. Mereka adalah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Public Mutual Berhad dan Great Eastern Life Assurance Malaysia Berhad.

Turut berada di dalam senarai Top 10 pemegang saham Harta adalah dua jerung luar negara iaitu The Vanguard Group dan Statens Pensjonsfond Utland. Vanguard Group merupakan institusi yang berpangkalan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Mula beroperasi pada 1 Mei 1975, kini Vanguard merupakan salah sebuah syarikat pelaburan terbesar di dunia dengan menawarkan mutual fund berkos rendah, ETF dan pelbagai servis yang berkaitan.

Setakat data pada 31 Januari 2020, aset global yang diuruskan oleh Vanguard adalah sebanyak USD 6.2 trillion. Statens Pensjonsfond Utland adalah dana pencen kerajaan dari negara Norway.

Contoh Jerung Membeli Saham Kaunter Digi

Sumber : Malaysiastock.biz

Selain daripada kita boleh tahu top 10 pemegang saham sesebuah syarikat, kita juga boleh tengok jerung-jerung ini ‘beraksi’. Setiap pembelian atau penjualan jerung-jerung ini akan dilaporkan dan ianya menjadi tatapan umum. Dah nama pun jerung, mestilah mereka ini membeli dan menjual dalam kuantiti yang besar.

Apakah Petanda Sekiranya Ada Jerung Dalam Sesebuah Kaunter?

Sekiranya ada jerung atau pelabur institusi di dalam sesebuah syarikat, itu petandanya saham syarikat tersebut adalah syarikat yang baik daripada segi fundamentalnya. Para pelabur institusi mempunyai pakar-pakar analisa yang menganalisa syarikat daripada segi prestasi kewangan, perniagaan dan hala tuju syarikat.  Ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada para pelabur runcit untuk turut sama menjadi pemegang saham di dalam syarikat tersebut.

Kehadiran jerung juga sedikit sebanyak boleh membantu kita membuat pemilihan saham. Memilih saham yang dipegang oleh jerung menjadikan kita seorang pelabur yang bijak.  Strategi yang boleh digunapakai di sini adalah ‘Ikut Jerung’.

Namun, ia tidak bermakna kita wajib memiliki saham yang dimiliki oleh jerung kerana para institusi kebanyakannya membeli saham dengan dana yang besar dengan tujuan untuk mendapatkan dividen daripada saham yang dibeli. Jika dibandingkan dengan dana pelaburan yang kita miliki, berapa sajalah dividen yang kita akan terima nanti.

Siapakah Pula Bilis?

Di dalam lautan yang luas dan dalam, jika ada jerung sudah pastinya ada ikan bilis. Pelabur-pelabur runcit seperti kita inilah yang dianggap sebagai ikan bilis di dalam pasaran saham. Ini adalah kerana modal pelaburan kita adalah jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan pelabur institusi yang mempunyai modal sehingga berbilion ringgit.

Pelabur runcit pada amnya sering membeli dan menjual saham dalam kuantiti ratusan atau ribuan unit. Ini jauh sekali sekiranya ingin dibandingkan pelabur institusi yang membeli sehingga jutaan unit saham dalam sesuatu masa.

Mempunyai modal yang kecil tidak menghalang kita daripada membuat keuntungan di dalam pasaran. Dengan ilmu yang betul, nescaya kita juga dapat berjaya di dalam pelaburan saham.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share1404ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In