Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia telah menyebabkan orang ramai mula mencari pendapatan sampingan bagi terus mengharungi keadaan ekonomi yang mencabar ini. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Kita berbangga melihat rakyat Malaysia yang tidak mudah putus asa dan kelihatan ada yang mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan dan sebagainya. Ada juga yang mula terlibat dengan pelaburan saham dan forex sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan. Namun demikian, ramai yang terkeliru di antara saham dan forex.
Sebelum kita teruskan, ingin ditekankan bahawa ‘Saham Bukan Forex’. Artikel ini ditulis khas kepada mereka yang masih keliru dan mengatakan bahawa saham dan forex adalah sama.
Apa Itu Saham?
Saham adalah perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat. Saham juga dikenali sebagai stok atau pun ekuiti. Maka produk yang dijual beli di sini adalah ‘pemilikan hak milik syarikat’.
Sebagai contoh, kita membeli saham syarikat Nestle. Setelah kita membeli saham Nestle, ia menjadikan kita sebagai salah seorang pemilik syarikat Nestle tanpa kita perlu bersusah payah menjalankan perniagaan tersebut.
Sebagai salah seorang pemilik syarikat Nestle, kita juga layak untuk menghadiri ‘Annual Grand Meeting’ (AGM) syarikat tersebut. Manalah tahu kita boleh dapat cenderahati berbentuk produk Nestle seperti Milo, Maggi, Kit Kat dan bermacam-macam lagi ketika menghadiri AGM tersebut.
Selain daripada itu, kita juga layak mendapat dividen sekiranya Nestle bermurah hati untuk berkongsi keuntungan dengan para pemegang saham. Untuk pengetahuan semua, Nestle merupakan di antara syarikat yang mengagihkan dividen secara konsisten kepada pemegang sahamnya. Bukan sekali setahun, tetapi boleh sampai empat kali dalam masa setahun.
Ada lebih daripada 900 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang boleh kita beli dan menjadi pemilik syarikat. Antaranya adalah Top Glove, Maxis, F&N, Axiata, Petronas, Sime Darby dan banyak lagi.
Bagi yang beragama Islam, kita perlu memastikan status Syariah saham tersebut. Seeloknya pastikan saham tersebut patuh Syariah sebelum membelinya.
Sebenarnya seronok jika kita menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat. Sudah tentu kita akan sentiasa mengikuti rapat perkembangan perniagaan syarikat lalu menjadikan kita seorang yang rajin membaca. Apabila kita pergi ke bahagian produk tenusu, kita juga boleh secara berseloroh dan berbangga mengatakan syarikat Nestle itu kepunyaan kita .
Sekarang kita dah kenal apa itu saham, jom kita tengok pula apa itu forex.
Apa Itu Forex?
Forex adalah singkatan bagi foreign currency exchange. Jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ianya bermaksud pertukaran mata wang, di mana kita melakukan transaksi membeli dan menjual mata wang asing.
Contohnya, pada tarikh 29 November 2020 kita membeli 1 US Dollar pada harga RM4.069. Beberapa minggu kemudian, harga 1 US Dollar telah meningkat kepada RM4.20. Sekiranya kita menjual mata wang tersebut, kita akan dapat keuntungan hasil daripada kenaikan nilai mata wang tersebut.
Dipendekkan cerita, produk yang didagangkan di sini adalah mata wang. Ianya berbeza dengan saham di mana produk yang didagangkan adalah pemilikan syarikat.
Ramai yang tersalah anggap bahawa forex dan saham adalah sama kerana kedua-duanya menggunakan carta tidak kiralah menggunakan candlestick mahu pun line. Carta yang kita lihat hanyalah sebagai tempat untuk kita melihat harga semasa dan sejarah harga sesebuah instrumen atau pun komoditi.
Komoditi lain seperti emas, minyak, sawit, soya dan banyak lagi pun menggunakan carta. Kesimpulannya, jangan tersalah anggap bahawa carta hanya digunakan untuk forex dan saham.
Sebagai perkongsian kepada semua, forex trading merupakan instrumen yang tidak patuh Syariah. Jemput baca FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus untuk maklumat lanjut mengenai status Syariah forex trading.
Perbezaan Saham Dan Forex
1. Saham adalah pemilikan hak milik syarikat manakala forex adalah pertukaran mata wang.
2. Waktu operasi saham di Bursa Malaysia adalah hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang kecuali cuti umum dan hari minggu, manakala forex pula beroperasi 24 jam, 5 hari seminggu; juga Isnin sehingga Jumaat.
3. Saham membolehkan para pelabur membuat keuntungan daripada kenaikan harga saham, dividen, dan pemberian saham bonus manakala Forex membolehkan pedagang meraih keuntungan daripada kadar pertukaran mata wang.
4. Pergerakan saham adalah bergantung kepada prestasi syarikat, sentimen dan ekonomi manakala forex pula menggunakan petunjuk seperti kadar pengangguran, inflasi, KDNK (keluaran dalam negara kasar) dan juga politik sesebuah negara tersebut.
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.