• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Asing Berkurangan Kepada RM574.3 Juta

in Berita, Catalyst
A A
Kredit gambar: New Straights Times

Kredit gambar: New Straights Times

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Pelabur asing mengeluarkan RM574.3 juta bersih ekuiti tempatan dari Isnin hingga Jumaat minggu lepas, berkurangan daripada RM615.4 juta yang dikeluarkan pada keseluruhan minggu sebelumnya.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada minggu lepas berikutan pelabur antarabangsa menjual RM157.5 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

“Pelabur dilihat bimbang berikutan Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap pegawai China atas tindakan mereka dalam senario hilang kelayakan penggubal undang-undang Hong Kong baru-baru ini.

“Berita sedemikian menjejaskan data ekonomi yang positif apabila eksport China meningkat kepada paras tertinggi pada November sejak awal 2018, mendorong lebihan dagangannya kepada paras tertinggi bulanan dan menunjukkan permintaan global terhadap barangan berkaitan pandemik menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Adam berkata paras jualan bersih asing merosot kepada RM31.7 juta pada Selasa dalam persekitaran minat yang meningkat terhadap kaunter sarung tangan getah berikutan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia, dan kelewatan dalam rang undang-undang pakej fiskal AS yang baharu.

Bagaimanapun, momentum jualan bersih asing naik kepada RM178.9 juta pada Rabu walaupun terdapat tanda-tanda kemajuan dalam perbincangan mengenai pakej fiskal AS yang baharu.

“Walaupun pelabur mengurangkan pendedahan mereka dalam ekuiti tempatan pada Rabu, aliran masuk bersih dipantau oleh pelabur runcit, yang mengumpulkan RM268.3 juta ekuiti tempatan.

“Menariknya, kaunter perbankan seperti Public Bank, yang mengumumkan terbitan bonus pada Selasa mendahului kaunter untung dalam FBM KLCI pada Rabu diikuti bank lain seperti Hong Leong Bank dan RHB Bank,” katanya.

Selain itu, Khamis menyaksikan paras aliran keluar bersih asing kekal tinggi sebanyak RM160.8 juta berikutan prospek yang suram terhadap lebih banyak rangsangan fiskal AS dan selepas penurunan saham teknologi semalaman.

China juga berkata ia akan mengenakan sekatan terhadap pegawai AS dan sekatan perjalanan baharu ke atas diplomat AS sebagai tindakan balas untuk langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Trump.

“Sentimen mengelak risiko dilihat rendah pada Jumaat berikutan jualan bersih asing susut kepada RM45.4 juta susulan saham perbankan terus memberikan sokongan kepada bursa tempatan, yang ditutup kepada paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan pada 1,684.6 mata.

“Terdapat minat terhadap kaunter perbankan berikutan pelabur menjangka pemulihan ekonomi pada tahun depan manakala Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2021 juga bermakna margin faedah bersih yang lebih baik untuk bank,” katanya.

Dari segi penyertaan untuk pelabur asing, purata nilai dagangan harian dari Isnin hingga Jumaat berjumlah RM2.7 bilion.

Pada asas setakat ini tahun ini, pelabur asing telah mengeluarkan RM24.7 bilion bersih ekuiti tempatan pada 2020.

Malaysia kekal sebagai negara dengan aliran keluar asing kedua terbesar setakat ini tahun ini selepas Thailand dalam kalangan negara-negara ASEAN.

— BERNAMA 

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In