• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Kukuh Pada Tengah Hari Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Dis Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan kukuh berikutan peningkatan saham wajaran tinggi perbankan yang berterusan menyokong indeks barometer.

Prestasi itu adalah sejajar dengan bursa serantau Asia yang kebanyakannya mencatat kenaikan walaupun terdapat petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street pada Jumaat lepas.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 9.14 mata kepada 1,693.72 daripada 1,684.58 sewaktu ditutup Jumaat lepas.

Ia dibuka 2.12 mata lebih rendah kepada 1,682.46 dan bergerak antara 1,678.14 dan 1,695.96 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 715 kepada 607, manakala 359 kaunter tidak berubah, 463 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.74 bilion unit bernilai RM3.96 bilion.

Peniaga berkata pasaran serantau adalah positif di tengah-tengah kemajuan vaksin berikutan Amerika Syarikat telah mula menghantar vaksin pada hujung minggu.

Sentimen pasaran itu turut disokong oleh berita bahawa Britain dan Kesatuan Eropah telah bersetuju meneruskan rundingan perdagangan Brexit melebihi tempoh akhir pada Ahad, katanya.

Di dalam negara, beliau berkata pasaran kekal kukuh, meneruskan penutupan paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan pada Jumaat lepas, memanfaatkan pemulihan serta tempoh aktiviti memperelok akaun yang sedang dijalankan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM8.97 sen, Public Bank naik 66 sen kepada RM22.56, Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM7.90 dan Tenaga naik 44 sen kepada RM10.78, manakala Top Glove susut 48 sen kepada RM6.42.

Bagi saham aktif, Sino Hua-An naik 3.5 sen kepada 16.5 sen, AirAsia X menambah dua sen kepada 11 sen, Iris meningkat setengah sen kepada 3.9 sen, waran MLabs menokok dua sen kepada 2.5 sen dan P.A Resources naik satu sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 37.47 mata kepada 12,123.18 dan Indeks FBMT 100 menambah 40.69 mata kepada 11,889.43.

FBM 70 turun 39.69 mata kepada 15,330.32, Indeks FBM Emas Shariah susut 122.04 mata kepada 13,309.49 dan FBM ACE turun 319.39 mata kepada 10,751.71.

Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 357.85 mata kepada 16,403.98 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.04 mata kepada 177.71. Bagaimanapun, Indeks Perladangan turun 52.45 mata kepada 7,359.64.

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In