• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat Ecoworld

in Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas Syarikat Ecoworld
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ecoworld merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan hartanah dan mempunyai 20 projek secara keseluruhannya yang merangkumi pembangunan bandar baru, pembangunan komersial bersepadu, pangsapuri mewah dan taman bertemakan hijau. Kumpulan ini mempunyai kira-kira 81,264 ekar tanah dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM87.5 bilion.

CANSLIM adalah sistem yang membantu pelabur membuat pemilihan saham dengan menggabungkan teknik analisa fundamental dan analisa teknikal. Oleh itu, jom kita membuat kajian ke atas syarikat ECOWORLD ini dengan menggunakan kaeadah CANSLIM.

C: Current Quarterly Earnings (QoQ > 25%)

Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini serta pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini. Kita boleh kaji pendapatan syarikat bagi tempoh 3-5 suku yang terkini dan syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25%. Ianya mestilah mampu menjana pendapatan untuk tiga suku berturut-turut daripada suku sekarang.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sumber : Malaysiastock.biz

Hasil kajian Current Quarterly Earnings Ecoworld:

1. Syarikat menjana keuntungan selama 8 tahun berturut-turut. Bukan 8 suku tetapi 8 tahun berturut-turut. Kali terakhir Ecoworld mengalami kerugian adalah pada suku keempat 2011.

2. Bagi tempoh tiga suku terakhir tahun 2020, prestasi suku ke suku tahunan Ecoworld merosot berbanding suku sebelumnya. Ini disebabkan negara kita sedang mengalami tempoh sukar disebabkan oleh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang menghalang orang ramai untuk bekerja dan pastinya kurang permintaan terhadap hartanah juga.

3. Apa yang penting adalah Ecoworld tidak mengalami kerugian sepanjang tempoh ini, malah masih mampu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM68.713 juta bagi tiga suku terakhir.

A: Annual earnings increase over the last five years

Sumber : Malaysiastock.biz

Mengikut kriteria ‘A’ ini, pendapatan syarikat haruslah meningkat sepanjang 5 tahun yang lepas. Kita dapat dilihat pendapatan syarikat naik mendadak pada tahun 2015.

Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang tinggi terhadap hartanah pada ketika itu.  Kenaikan itu konsisten sehinggalah tahun 2017. Namun ada sedikit merosot pada tahun 2018 sebelum menunjukkan peningkatan semula pada tahun 2019.

Tahun 2020 tidak berpihak kepada sektor hartanah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda

N: New products, management, events, information

Catalyst terkini mengenai Ecoworld adalah cadangan daripada UEM Group Berhad untuk menggabungkan UEM Sunrise dan Ecoworld Development Group Berhad. Apakah kesan daripada penggabungan ini?

Daripada sudut Ecoworld, kumpulan Ecoworld bakal mendapat sokongan kuat daripada jerung-jerung kerana terdapat beberapa para institusi tempatan dan luar negara yang memegang saham utama UEM Sunrise.

Daripada sudut UEM Sunrise pula, UEM bakal mendapat manfaat daripada kekuatan Ecoworld dalam perancangan pemasaran dan perbandaran yang dapat membantu meningkatkan penjualan.

Apakah kesan kepada pemegang saham?

Pemegang saham utama dan waran Ecoworld akan ditukar kepada saham UEM Sunrise pada nisbah sekitar 1.0587 saham baru UEM Sunrise untuk setiap unit saham Ecoworld yang dimiliki.

S: Supply and Demand

Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin ramai pelabur yang mahukan saham yang terhad di dalam pasaran, harga saham tersebut akan meningkat kerana permintaan yang tinggi tetapi kurangnya bekalan. Nak tahu satu tips tak?

Sekiranya terdapat pengumpulan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition juga boleh membantu kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah kecil.

Sumber : Malaysiastock.biz

Gambar rajah di atas menunjukkan bilangan saham Ecoworld yang diapungkan adalah 2.944 bilion unit dan jumlah tersebut dianggap sedikit menjadikan saham ini sebagai limited edition. Jika dibandingkan dengan syarikat hartanah yang lain seperti Sunway (4.934 bilion), UEM Sunrise Berhad (5.085 bilion) dan IOI Property Group (5.506 bilion), bilangan saham Ecoworld yang diapungkan adalah sedikit.

Sekiranya terdapat catalyst yang baik mengenai Ecoworld kelak, sudah pasti ia mampu melonjakkan harga saham ini dengan mudah.

L: Leader and Laggard

Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi.  Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.

Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber : Trading View

Garisan berwarna oren dalam carta adalah Bursa Malaysia Property Index atau pun indeks hartanah di Bursa Malaysia. Di sini saya membandingkan Ecoworld dengan indeks hartanah secara keseluruhan.

Jelas dilihat pada carta, Ecoworld bergerak di belakang indeks hartanah. Maknanya Ecoworld merupakan laggard di dalam sektor hartanah. Jika kita kaji pula syarikat yang lebih gergasi seperti Sunway, Sunway merupakan leader bagi sektor hartanah kerana ia cenderung untuk bergerak terlebih dahulu sebelum syarikat lain.

I: Institutional Sponsorship

Ianya adalah kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi ini dianggap sebagai jerung kerana mereka mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat.

Sumber :Bursa Market Place

Hasil Kajian Institutional Sponsorship Ecoworld:

1.         Dalam senarai top 10 pemegang saham utama Ecoworld, 3 daripadanya adalah pelabur institusi iaitu PNB, EPF dan KWAP.

2.         Pemegang saham terbesar di Ecoworld adalah Sinarmas Harta Sdn Bhd.

M: Market Direction

Seterusnya kita kena kaji ke manakah arah trend harga saham. Sudah tentunya kita hanya akan membeli saham-saham yang sedang membuat uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat dengan berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Sumber :Trading View

Ecoworld telah berada dalam fasa sideways sejak bulan Julai dan hanya membuat kenaikan baru-baru ini. Namun setelah kenaikan selama 6 hari berturut-turut tersebut, Ecoworld menunjukkan tanda-tanda awal akan berlaku pullback dan dijangka aktiviti profit taking akan berlaku. Sudah tentu ada yang nak ambil untung dahulu. Dah untung takkan nak biar saja tengok orang lain ambil untung.

Ecoworld dijangka akan membuat pullback sehingga ke paras 44 sen dan kita akan saksikan sekiranya support tersebut mampu untuk menyokong harga Ecoworld. Sekiranya paras support tersebut dapat bertahan, maka harga Ecoworld mempunyai potensi untuk melantun naik semula. Namun sekiranya gagal, harga saham Ecoworld akan jatuh ke paras yang lebih rendah.

Sumber : Trading View

Sekarang kita pergi pula ke soalan yang paling diminati ramai. Boleh beli ke saham Ecoworld ini?

Sekiranya kita seorang pelabur jangka masa panjang, Ecoworld adalah salah satu saham yang boleh diperhatikan. Sekiranya kita seorang pedagang, mungkin kita perlu tunggu dan lihat sama ada sektor pembinaaan dan hartanah akan kembali pulih seperti sediakala sebelum membuat pembelian.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share686ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In