• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Terus Jadi Pilihan Firma Penyelidikan

in Catalyst
A A
Top Glove Terus Jadi Pilihan Firma Penyelidikan

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Firma penyelidikan kekal yakin dengan prospek Top Glove Corporation Bhd berikutan harga jualan purata (ASP) yang tinggi, pemulihan dalam kapasiti pengeluaran dan campuran jualan untuk memacu pertumbuhan.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) telah mengekalkan anggaran pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2021 (FY21) bagi syarikat dan menaikkan anggaran EPS untuk tahun kewangan 2022 dan 2023 (FY22-23E), masing-masing 50 peratus dan 73 peratus, sebahagiannya berdasarkan kepada andaian ASP yang lebih tinggi.

“Kami kini mengunjurkan ASP itu melonjak 3.1 kali pada FY21E dan menyusut 32 peratus dan 27 peratus pada FY22-23E kerana penawaran baharu mampu memenuhi permintaan.

“Sebaliknya, peserta sarung tangan seperti Top Glove mengunjurkan permintaan akan mengatasi penawaran untuk tempoh tiga tahun ini,” kata firma itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Maybank IB telah mengekalkan saranan ‘’beli’’ terhadap Top Glove, dengan harga sasaran baharu (TP) RM8.65.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd berkata selepas berakhirnya COVID-19, kitaran inventori penyediaan semula dijangka merancakkan permintaan untuk sarung tangan getah, diikuti dengan peningkatan penggunaan dalam kalangan pengguna baharu dan meningkatnya kesedaran terhadap kebersihan.

Memasuki suku kedua tahun kewangan 2021 (Q2FY21), ia menjangkakan ASP Top Glove akan melonjak sebanyak 30 peratus suku ke suku, dengan meningkatnya jumlah dan campuran produk, sekali gus menjurus kepada margin sarung tangan nitril yang lebih tinggi.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengunjurkan ASP Top Glove akan meningkat 30 peratus suku ke suku pada Q2FY21.

Ia berkata pengeluaran oleh 28 kilang pembuat sarung tangan getah – yang ditutup bulan lepas berikutan jumlah besar jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja — dijangka menyambung operasi dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.

Tujuh kilang telah menyambung operasi di peringkat satu.

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In