fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Dijangka Buka Semula Operasi Kilang Di Klang Dalam Masa Dua Hingga Tiga Minggu

in Catalyst
A A
Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd dijangka membuka semula kesemua 28 kilang pengeluarannya di Meru, Klang dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, menurut Pengerusinya Tan Sri Dr Lim Wee Chai.

Beliau berkata, tujuh kilang telah dibuka semula ketika peringkat pertama pemulihan operasi yang bermula semalam, manakala peringkat kedua akan melibatkan tujuh lagi kilang untuk kembali beroperasi menjelang hujung minggu akan datang.

“Diharapkan, semua (28) kilang ini akan beroperasi dan kesemuanya akan kembali normal dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang,” katanya dalam taklimat maya mengenai keputusan syarikat untuk suku pertama berakhir 30 Nov 2020, di sini, hari ini.

Top Glove telah menutup sementara 28 kilangnya di Klang akibat peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerjanya. Kesemua 28 kilang ini mewakili kira-kira 50 peratus daripada kapasiti pengeluaran syarikat.

Bagaimanapun, Lim berkata penutupan kilang di Klang sejak November lepas dijangkakan hanya menjejaskan empat peratus daripada perolehan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, Pengarah Urusan Datuk Lee Kim Meow berkata Top Glove menyasarkan untuk mengambil 7,000 pekerja tempatan bagi tahun kewangan 2021 berbanding hampir 5,000 pada tahun kewangan 2020.

Ditanya mengenai penalti kerajaan berikutan kegagalan syarikat itu mematuhi  Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Lee berkata setakat ini, Top Glove belum menerima sebarang maklumat daripada pihak berkaitan.

“Bagaimanapun, kami ingin merayu kepada kerajaan untuk membantu kami, dan, agar mereka tahu kami syarikat yang serius dan mahu mematuhi (peraturan ini),” katanya.

Mengenai kemungkinan vaksin COVID-19 akan menjejaskan pertumbuhan syarikat itu pada tahun depan, Lim melahirkan keyakinan bahawa permintaan terhadap sarung tangan akan terus kukuh di seluruh dunia meskipun wujudnya vaksin.

“Berdasarkan nilai perolehan kontrak kami dengan kapasiti pada tahun depan telah ditempah sepenuhnya, ini menunjukkan vaksin itu tidak akan mempengaruhi permintaan sarung tangan di seluruh dunia,” katanya.

Berdasarkan slaid pembentangan Top Glove, permintaan terhadap produk syarikat itu kekal kukuh pada suku pertama tahun kewangan 2021. Ini dipacu oleh Asia tidak termasuk Jepun, yang melonjak 72.9 peratus tahun ke tahun, dan Eropah Barat yang menokok 70.2 peratus tahun ke tahun.

Bagaimanapun, permintaan daripada Amerika Utara turun dua peratus pada tahun kewangan 2021 berbanding tahun sebelumnya, terutama disebabkan isu larangan import oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat. 

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In