• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Keuntungan Saham Perbankan, Top Glove Lonjakkan Bursa Untuk Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia terus mengukuh, mengenepikan trend menurun pasaran serantau yang lain dengan indek utama ditutup tinggi untuk hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian berterusan untuk kaunter berwajaran tinggi perbankan dan Top Glove.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39 selepas bergerak dalam zon positif antara 1,647.65 dan 1,658.07 sepanjang sesi urus niaga.

CIMB, yang bercadang mengurangkan pendedahan arang batu kepada sifar menjelang 2040, muncul sebagai penyumbang terbesar kepada kenaikan dalam indeks komposit dengan meningkat sebanyak 4.44 mata, diikuti oleh Public Bank (2.57 mata) dan Top Glove (2.39 mata).

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 643 berbalas 568 manakala 463 kaunter tidak berubah, 463 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8.1 bilion saham bernilai RM4.83 bilion daripada 11.88 bilion saham bernilai RM6.68 bilion pada Rabu.

Kebanyakan bursa serantau utama mempamerkan trend menurun, mengambil petunjuk daripada kelemahan di Wall Street serta kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19.

Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.35 peratus kepada 26,410.59, Nikkei 225 Jepun menyusut 0.23 peratus kepada 26,756,24 dan Kospi Korea Selatan lebih rendah sebanyak 0.33 peratus kepada 2,746,46.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank naik 34 sen kepada RM20.20, Top Glove meningkat 1.5 sen kepada RM6.99, sementara Maybank tidak berubah pada RM8.38.

Petronas Chemicals jatuh satu sen kepada RM7.66, Tenaga lega 14 sen kepada RM10.50, Hartalega susut 30 sen kepada RM14.36, sementara IHH Healthcare berkurangan dua sen pada RM5.57.

Bagi saham paling cergas, XOX, AirAsia X dan Metronic masing-masing naik setengah sen kepada 1.15 sen, sembilan sen dan 11.5 sen, IRIS menambah satu sen kepada 36.5 sen tetapi Trive tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 48.29 mata kepada 11,922.87, Indeks FBMT 100 mengukuh 51.19 mata kepada 11,682.91, FBM ACE mengembang 99.77 mata kepada 11,039.91 dan FBM 70 memperoleh 50.36 mata kepada 15,337.83.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah merosot 25.43 mata kepada 13,480.99.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.17 mata kepada 176.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 261.13 mata kepada 15,319.04, tetapi Indeks Perladangan merosot 6.01 mata kepada 7,355.01.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.72 bilion saham bernilai RM3.76 bilion daripada 7.31 bilion saham bernilai RM5.35 bilion pada hari Rabu.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 674.26 bilion unit bernilai RM119.33 juta daripada 870.69 bilion unit bernilai RM148.21 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.7 bilion saham bernilai RM943.75 bilion daripada 3.7 bilion saham bernilai RM1.18 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 860.04 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.38 bilion), pembinaan (308.53 juta), teknologi (435.97 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (246.69 juta), hartanah (475.62 juta), perladangan (88.32 juta), REIT (12.39 juta), dana tertutup (57,100), tenaga (474.31 juta), penjagaan kesihatan (78.90 juta), telekomunikasi dan media (53.45 juta), pengangkutan dan logistik (250.58 juta) dan utiliti (51.51 juta).

– BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In