• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Keuntungan yang diraih Top Glove serta kaunter berwajaran tinggi berkaitan perbankan, didahului oleh CIMB, terus menyokong indeks utama di Bursa Malaysia pada sesi dagangan tengah hari ini.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.98 mata untuk mengakhiri sesi pagi pada 1,653.51, selepas bergerak antara 1,647.65 dan 1,657.92 sepanjang sesi urus niaga.

CIMB muncul sebagai penyumbang terbesar kepada kenaikan di indeks komposit dengan mengukuh 2.7 mata, diikuti oleh Top Glove dengan 2.23 mata.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dalam julat yang tipis iaitu 531 berbalas 511 sementara 500 kaunter tidak berubah, 595 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.56 bilion unit bernilai RM2.55 bilion.

Maybank Investment Bank Bhd menjangkakan FBM KLCI bergerak antara 1,620 dan 1,660 hari ini dengan sokongan menurun disemak kembali kepada 1,618 dan 1,600 daripada 1,574 sebelumnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.42, Public Bank meningkat 18 sen kepada RM20.04, Top Glove menokok 14 sen kepada RM6.98, IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM5.61, sementara CIMB lebih tinggi sebanyak 14 sen kepada RM4.19.

Tenaga turun empat sen kepada RM10.60, Hartalega menyusut 28 sen kepada RM14.38, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.67.

Antara saham paling cergas, AirAsia X dan Metronic masing-masing menambah setengah sen kepada sembilan sen dan 11.5 sen, Sanichi turun setengah sen kepada 6.5 sen, sementara Trive dan XOX tidak berubah, masing-masing pada 1.5 sen dan 11 sen. .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.86 mata pada 11,914.44, Indeks FBMT 100 mengembang 40.04 mata kepada 11,671.76, dan Indeks FBM Emas Syariah naik 6.95 mata kepada 13,513.38.

FBM 70 meningkat 16.26 mata kepada 15,303.733 dan FBM ACE melonjak 152.31 mata kepada 11,092.45.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.23 mata kepada 176.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 123.5 mata kepada 15,181.41, sementara Indeks Perladangan susut 10.98 mata kepada 7.350.04.

– BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In