fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, berikutan sokongan belian dalam kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh Top Glove.

Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.22 mata kepada 1,649.75 selepas dibuka tinggi 5.14 mata kepada 1,651.67.

Top Glove, yang mengumumkan keputusan kewangan luar biasa semalam, meningkat 17 sen kepada RM7.01 dengan 3.89 juta saham bertukar tangan; menyumbang 2.71 mata kepada indeks komposit.

Suasana pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 291 berbanding 228, manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,281 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 579.45 juta unit bernilai RM270.05 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga akan memantau saham yang pulih hari ini, berdasarkan aktiviti perniagaan yang disambung semula dan keyakinan mengenai perkembangan positif berhubung vaksin COVID-19.

“Sektor kewangan boleh menjangka sokongan belian berikutan tindakan korporat terbitan bonus Public Bank, manakala saham bahan binaan dan pembinaan yang terpilih dijangka mendapat minat dagangan yang baik berdasarkan pembukaan semula ekonomi, yang berpotensi mengeluarkan kontrak infra baharu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.42, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM19.98, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.59.

Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM7.65 dan Tenaga merosot empat sen kepada RM10.60.

Dalam kalangan saham cergas, AirAsia X menambah 1.5 sen kepada 10 sen, Metronic naik satu sen kepada 12 sen, Trive tidak berubah pada 1.5 sen manakala G Capital berkurangan 3.5 sen kepada 90 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.14 mata kepada 11,895.72, Indeks FBMT 100 menambah 19.81 mata kepada 11,895.72 dan FBM ACE melonjak 188.04 mata kepada 11,128.18.

FBM 70 meningkat 14.48 mata kepada 15,301.95 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 21.27 mata kepada 13,527.7.

Sementara itu, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.09 mata kepada 176.3, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 25.8 mata kepada 15,083.71 manakala Indeks Perladangan susut 7.46 mata kepada 7,353.56.

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In