fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Petronas Mepunyai Asas Kukuh Dan Tidak Berubah, Kekalkan Dasar Kewangan Konservatif

in Berita
A A
Petronas Bayar Dividen Tambahan RM10 Bilion Menjelang Akhir November

Kredit gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan asasnya yang kukuh membolehkan syarikat itu bertahan daripada turun naik dan kejutan dalam pasaran.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu berkata ia dapat mengekalkan profil kewangannya yang kukuh dan sentiasa mengekalkan dasar kewangannya yang konservatif, disiplin modal yang tegas dan fokus kepada mengoptimumkan kos ke arah memastikan pemeliharaan kecairan, walaupun ekonomi lembap berikutan pandemik COVID-19.

Ini berikutan keputusan oleh Fitch Ratings menurunkan penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Petronas kepada BBB+ (Prospek Stabil) daripada A- (Prospek Negatif).

Semakan semula penarafan kredit itu dibuat berikutan penurunan penarafan Malaysia kepada BBB+ (Prospek Stabil) daripada A- (Prospek Negatif) yang dikeluarkan pada 4 Dis, 2020.

“Profil Kredit Berdiri Sendiri (SCP) yang dinilai pada ‘aa-‘ turut mencerminkan profil perniagaan Petronas yang kukuh, kedudukannya sebagai pengeluar minyak dan gas berskala besar dan bersepadu sepenuhnya serta operasi yang pelbagai dalam huluan, gas asli cecair (LNG), penapisan hiliran dan petrokimia,” katanya.

Petronas berkata penarafannya terus dihadkan kepada penarafan berdaulat selagi syarikat secara mampan menjana lebih 10 peratus daripada pendapatan kerajaan di bawah kriteria penarafan entiti berkaitan kerajaan Fitch.

Sementara itu, SCP Petronas seperti yang dinilai oleh Fitch kekal tidak berubah sejak 2016 pada ‘aa-’.

“Petronas telah menyumbang lebih 15 peratus daripada pendapatan negara Malaysia sejak lima tahun lepas.

“Kami telah berada dalam kedudukan tunai bersih sejak 2006 dan terendah melalui kitaran leveraj dan nisbah liputan faedah tertinggi dalam kalangan rakan-rakan yang diberi penarafan ‘AA-’,” katanya.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In