fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Keuntungan Public Bank Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 9 Dis  (Bernama) — Keuntungan besar yang diraih Public Bank membantu melonjakkan indeks Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi awal dagangan lebih kukuh tengah hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.63 mata kepada 1,647.33 selepas bergerak antara 1,638.77 dan 1,650.73 sepanjang sesi awal dagangan.

Public Bank menyumbang 11.19 mata kepada peningkatan indeks komposit selepas mengukuh RM1.48 kepada RM19.94, dengan 13.23 juta saham bertukar tangan.

Semalam, kumpulan perbankan itu mencadangkan penerbitan sehingga 15.53 bilion saham bonus berdasarkan kepada empat saham bonus untuk setiap satu saham yang dipegang.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 627 berbalas 504 sementara 441 kaunter tidak berubah, 567 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 7.29 bilion unit bernilai RM3.5 bilion.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata pasaran serantau telah bersedia untuk bergerak tinggi hari ini dengan niaga hadapan AS terus mencatatkan keuntungan, didorong oleh keyakinan terhadap pemulihan global.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 11 sen kepada RM8.35, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM7.65, sementara IHH Healthcare menokok enam sen kepada RM5.61.

Tenaga menyusut 14 sen kepada RM10.62 sementara Top Glove dan Hartalega masing-masing turun 10 sen kepada RM6.99 dan RM14.56 berikutan perkembangan positif vaksin COVID-19.

Antara saham paling cergas, AirAsia X menambah tiga sen kepada 10 sen, XOX naik setengah sen kepada 11 sen, Sino lebih tinggi sebanyak dua sen kepada 13 sen, sementara Yong Tai menambah 1.5 sen kepada 36 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 78.81 mata kepada 11,894.6, Indeks FBMT 100 naik 77.97 mata kepada 11,646.6 dan FBM ACE melonjak 156.71 mata kepada 11,014.3.

Bagaimanapun, FBM 70 turun 24.43 mata kepada 15,343.1 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 41.85 mata kepada 13,558.03.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.58 mata kepada 176.1, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 432.3 mata kepada 14,996.66, tetapi Indeks Perladangan turun 10.32 mata kepada 7,359.39.

– BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

19 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In