CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish. CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Solarvest Holdings Berhad.
Latar Belakang Solarvest Holdings Berhad (SLVEST) (0215)
Solarvest Holdings Berhad (SLVEST) merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan, procurement, penyediaan servis pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk industri solar photovoltaic (PV). Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penal solar kepada perumahan dan juga kepada industri.

Syarikat ini baru sahaja tersenarai di papan Ace pada 26 November 2019 dan kini harga seunit saham adalah sekitar RM1.78.
Jom kita kaji kaunter Solarvest ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings Solarvest
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini. Kita boleh mengukur pertumbuhan EPS syarikat bagi suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Nilai EPS untuk suku tahun kedua Solarvest tahun ini adalah 1.02, merosot sebanyak 18.40% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan EPS yang negatif ini adalah perkara yang kurang baik untuk syarikat kerana ini menandakan bahawa syarikat mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
Solarvest merupakan syarikat yang masih baru di dalam pasaran Bursa Malaysia, pertumbuhan EPS syarikat ini tidak dapat dikaji dengan mendalam berdasarkan laporan kewangan syarikat.
A- Annual Earnings Solarvest
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita boleh meggunakan EPS tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan. Kita juga boleh menggunakan nisbah Return On Equity (ROE) untuk menilai perolehan tahunan. Pendapatan tahunan yang terdahulu juga membantu kita menilai syarikat apabila perubahan keadaan ekonomi berlaku.

Nilai EPS syarikat Solarvest yang sempurna hanyalah untuk tahun 2020 sahaja, jadi untuk membuat kajian dan penilaian syarikat ini daripada segi pendapatan sesaham syarikat adalah tidak relevan. Ini kerana kita tidak dapat melihat bagaimana syarikat ini bertindak balas dengan perubahan ekonomi semasa.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat dan amat penting dalam membuat penilaian dengan kaedah CANSLIM ini. Selain daripada itu, harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting. Seterusnya, pertukaran pendtabiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat dalam jangka masa panjang.
News, Pemangkin
Daripada perbentangan belanjawan 2021 pada awal November lepas, kerajaan mencadangkan untuk memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion untuk Skim Pembiayaan teknologi Hijau 3.0 selama dua tahun sehingga tahun 2022.
Satu lagi berita yang menjadi pemangkin positif untuk syarikat ini adalah dengan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden baru Amerika Syarikat yang mengutamakan penggunaan tenaga hijau dalam manifesto beliau.
Dua berita ini memberikan kesan positif secara tidak langsung kepada Solarvest dan syarikat-syarikat berkaitan solar yang lain.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham. Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham Solarvest yang didagangkan adalah sebanyak 422.62 juta unit. Untuk tahu sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian Solarvest menghampiri jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan. Jika jumlah ini melebihi jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna tumpuan pelabur mula tertumpu kepada saham syarikat ini.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Pergerakan harga saham Solarvest adalah lebih tinggi berbanding pergerakan indeks FBM KLCI. Oleh yang demikian, kita boleh kategorikan saham Solarvest sebagai leader berbanding saham-saham lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah yang lebih terperinci adalah dengan membuat perbandingan modal pasaran sesebuah syarikat itu dengan pesaingnya yang lain. Adakah Solarvest juga merupakan leader kepada sektor tenaga hijau?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat Solarvest ini, maklumat tentang pegangan shaam syarikat oleh pelabur institusi masih tidak dapat diketahui. Ini kerana syarikat ini masih baru di dalam pasaran saham dan maklumat mengenai syarikat adalah terhad.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik. Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Arah kaunter Solarvest ini menunjukkan saham ini sedang membuat fasa kenaikan semula selepas berehat lama di fasa mendatar untuk beberapa bulan yang lepas. Ianya merupakan petanda yang baik untuk saham ini. Namun, untuk menilai arah pasaran adalah lebih lengkap jika kita menentukan arah pasaran Indeks pasaran FBM KLCI dan juga arah pasaran sektor yang terlibat.
Dalam kes Solarvest ini, kita juga perlu peka dengan perkembangan dan penerimaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian masyarakat. Ini merupakan cara yang lebih terperinci untuk digunakan di dalam kaedah CANSLIM ini.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilhan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat. Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)