fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Harga Minyak Mentah Brent Dijangka Meningkat Pada 2021, Tambah Baik Tinjauan Hasil Petronas

in Catalyst
A A
Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Harga minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada US$60 (US$1=RM4.07) setong pada 2021 yang seterusnya akan menambah baik tinjauan hasil Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tahun depan, kata Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes.

Beliau tidak menjangkakan penurunan lagi penarafan kredit Petronas selepas agensi penarafan kredit  Fitch Ratings Inc menurunkan penarafan mungkir penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan perbadanan minyak nasional itu kepada  ‘BBB+’ daripada  ‘A-‘ pada Selasa.

“Saya tidak merasakan ia suatu yang benar-benar mengejutkan, kerana syarikat itu 100 peratus adalah milik negara, dan apabila penarafan induk (negara) diturunkan, selalunya ia akan turut sama berlaku kepada syarikat milik negara yang lain di bawah naungan kerajaan. 

“Biasanya, penurunan penarafan akan menyukarkan untuk mengumpul tunai di pasaran terbuka, tetapi dalam hal ini, hutang Petronas disokong kerajaan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi e-mel hari ini. 

Penurunan penarafan kredit Petronas itu sejajar dengan penurunan IDR Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ pada 4 Dis, 2020, juga dengan tinjauan stabil.

Menurut Fitch, IDR Petronas terus dibatasi oleh IDR Malaysia, mengikut kriteria Fitch bagi penarafan entiti berkaitan kerajaan kerana syarikat itu dimiliki 100 peratus oleh kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam dasar operasi dan kewangannya. 

Dalam tempoh lima tahun lepas, Petronas menyumbang lebih 15 peratus daripada hasil kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Innes berkata, isu terbesar Petronas adalah kekurangan hasil petrodolar setong dan tidak ada kaitan dengan bagaimana syarikat itu diuruskan, kerana ia masih terus bertahan memandangkan profilnya yang sangat konservatif. 

Menurutnya, peningkatan harga minyak biasanya akan meningkatkan hasil petrodolar dan seterusnya dapat membiayai tabung kerajaan serta menambah baik tinjauan penarafan hutang Petronas. 

“Petronas tidak berbelanja secara berlebih-lebihan, ia mengambil pendekatan pengoptimuman pemotongan kos bagi mengharungi kegawatan akibat daripada pandemik COVID-19 ketika ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut berpandangan yang sama bahawa penurunan IDR Petronas itu adalah disebabkan hakikat syarikat tersebut dimiliki 100 peratus oleh kerajaan.

“Oleh itu, kerajaan mempunyai pengaruh besar dalam dasar operasi dan kewangannya. 

“Bagaimanapun, profil kredit kendirinya yang dinilai oleh Fitch pada ‘AA-’, mencerminkan profil kewangan syarikat itu yang sangat kukuh, serta operasi minyak dan gas bersepadu berskala besarnya,” katanya kepada Bernama.

Justeru, katanya, keadaan kewangan dan perniagaan Petronas masih kekal kukuh. 

“Perbelanjaan modal dijangkakan sekitar US$45 bilion hingga US$50 bilion dalam tempoh jangka sederhana.

“Penurunan penarafan itu mencerminkan alasan-alasan teknikal kerana penarafan IDR dibatasi oleh penarafan kredit negara. Jika tidak, perniagaan Petronas sangat berdaya tahan,” kata Mohd Afzanizam.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

3 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

3 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?
Catalyst

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.90 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In