fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian membabitkan kaunter-kaunter berkaitan indeks yang didahului oleh Public Bank.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.27 mata kepada 1,642.97 selepas menokok 9.29 mata kepada 1,640.99 sewaktu dagangan dibuka.

Public Bank menyumbang 10.742 mata kepada kenaikan indeks itu selepas menokok RM1.42 kepada RM19.88 dengan sejumlah 2.77 juta saham saling berpindah tangan.

Semalam, kumpulan perbankan itu mengumumkan cadangan terbitan bonus sehingga 15.53 bilion saham bonus berdasarkan asas empat saham bagi setiap pegangan saham sedia ada.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 305 berbanding 230 manakala 345 kaunter lain tidak berubah, 1,259 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 654.11 juta unit bernilai RM343.07 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan sentimen memberangsangkan secara meluas itu akan terus ketara manakala saham berkaitan vaksin yang menyaksikan aktiviti jualan semalam sebaliknya mungkin menjadi sasaran belian pada harga rendah hari ini.

Firma pembrokeran itu berkata pengumuman prestasi kewangan Top Glove hari ini juga berkemungkinan besar akan memacu minat terhadap kaunter saham sarung tangan selain kaunter peralatan perlindungan diri yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd pula menyifatkan sektor penjagaan kesihatan berkemungkinan terus menjadi tumpuan susulan peningkatan kes COVID-19.

“Kami menjangkakan segmen penjagaan kesihatan akan melantun semula sekurang-kurangnya pada sesi awal dagangan hari ini susulan perkembangan saham-saham penjagaan kesihatan yang didahului oleh Top Glove menjelang pengumuman prestasi kewangannya,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya.

Selain itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM8.26, IHH Healthcare meraih lapan sen kepada RM5.63 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.60.

Tenaga pula susut dua sen kepada RM10.74, Top Glove turun satu sen kepada RM7.08 dan Hartalega berkurangan 16 sen kepada RM14.50.

Bagi saham aktif, Pegasus dan Fintec masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 10.5 sen, XOX turun setengah sen kepada 10 sen dan P.A Resources masing-masing susut satu sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 72.92 mata kepada 11,888.71, Indeks FBMT 100 menambah 57.27 mata kepada 11,625.9 dan FBM ACE meraih 57.31 mata kepada 10,914.9.

FBM 70 susut 12.21 mata kepada 15,355.33  manakala Indeks Syariah FBM Emas turun 19.29 mata kepada 13,580.59.

Dalam pada itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.32 mata kepada 175.2, Indeks Perladangan susut 24.19 mata kepada 7,345.52 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 268.25 mata kepada 14,832.61.

— BERNAMA 

Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

6 days ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In