• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

AirAsia: Harga Saham Dah ‘Take Off’ Lebih Awal Daripada Kapal Terbangnya

in Trading Idea
A A
AirAsia: Harga Saham Dah ‘Take Off’ Lebih Awal Daripada Kapal Terbangnya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sebut saja jenama AirAsia atau nama penuhnya AirAsia Group Berhad, sudah pasti semua akan terbayangkan pengangkutan udara tambang rendah yang sangat popular di Malaysia dengan taglinenya “Now Everyone Can Fly”. Syarikat AirAsia merupakan syarikat yang terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia sejak penghujung tahun 2019 lagi.

Kerugian yang dicatatkan oleh syarikat ini pada tahun ini hampir sahaja membuatkan syarikat ini tersenarai antara syarikat yang bermasalah di pasaran saham Malaysia.

Sumber: KLSE Screener

Baru-baru ini, saham AirAsia dilihat sudah berlepas untuk membuat terbangan ke harga sekitar RM0.930 setelah dengan sokongan daripada sentimen semasa setelah sekian lama mendarat di landasan harga sekitar RM0.520 gara-gara kapal terbangnya yang masih tidak dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya seperti sebelum ini.

Mari kita lihat kajian fundamental dan teknikal terhadap kaunter saham AirAsia Group Berhad (AirAsia) (5099).

Kajian Fundamental AirAsia

This image has an empty alt attribute; its file name is AirAsia-pic-2-1024x346.png
Sumber: KLSE Screener

Jika dilihat kepada pendapatan syarikat untuk empat suku tahunan terkini, tahun 2020 boleh dirumuskan sebagai pendapatan terburuk syarikat ini. Untuk suku tahunan kedua tahun 2020, syarikat ini mencatatkan kerugian sebanyak RM992.9 juta dengan pertumbuhan negatif sebanyak 5,825.7% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Pendapatan AirAsia pulih sedikit pada suku tahun ketiga tahun 2020 dengan merekodkan kerugian yang berkurangan sebanyak RM141.1 juta, menjadi RM851.8 juta.

Daripada segi aliran tunai syarikat pula, AirAsia mempunyai aliran tunai operasi yang sangat merisaukan. Aliran tunai operasi AirAsia pada suku terkini adalah negatif RM1.17 bilion dan ini menyebabkan syarikat terpaksa mendapatkan dana luar untuk meneruskan perniagaan syarikat.

Jika kita lihat aliran tunai suku yang sama untuk tahun sebelumnya, syarikat ini mempunyai aliran tunai operasi yang sangat baik iaitu sekitar RM2.41 bilion.

Sumber: Bursa Malaysia

Auditor berpendapat bahawa kerugian dan aliran tunai yang sangat teruk syarikat ini adalah impak daripada kesan penularan wabak Covid-19 sahaja. Sekiranya ekonomi kembali pulih dan virus Covid-19 ini berjaya ditangani, pendapatan dan aliran tunai AirAsia dijangka akan pulih seperti sediakala.

Kajian Teknikal AirAsia

Melihat kepada carta saham AirAsia, secara keseluruhannya ia sedang berada di dalam fasa aliran menurun sepanjang tahun 2020 dan penurunan yang paling drastik adalah pada penghujung bulan Januari sehingga pertengahan bulan Mac 2020. Kejatuhan ini diteruskan lagi pada awal bulan Julai apabila laporan kewangan suku tahuan kedua syarikat diumumkan sehingga syarikat ini membuat gap down yang sangat drastik.

Pendek kata, sepanjang tahun 2020 ini, saham AirAsia telah membuat penurunan sehinggalah pada tarikh 10 November 2020 di mana harga saham ini mematahkan downtrend line (BDTL).

Saham ini kini dilihat sedang membuat fasa pembetulan kepada fasa aliran menaik dan disokong dengan sentimen semasa berkenaan pemulihan ekonomi dan kehadiran vaksin yang terbukti keberkesanannya. Pada 9 Disember 2020, harga saham ini membuat cubaan untuk memecahkan rintangan pada paras RM0.915 dengan minat belian terhadap saham ini mula meningkat. Namun sayangnya minat belian tersebut tidak bertahan sehingga ke petang dan paras rintangan RM0.915 gagal dipecahkan oleh saham AirAsia ini.

Ringtangan yang kuat seterusnya adalah pada sekitar paras RM1.06. Jika harga AirAsia berjaya memecahkan garis rintangan RM0.915 dan Rm1.06 ini dan disokong dengan jumlah minat belian yang tinggi, harga saham AirAsia dijangka akan naik lebih tinggi lagi.

Untuk pelabur yang mempunyai tahap penerimaan risiko yang rendah, kaunter saham AirAsia ini bukanlah pilihan yang ideal kerana syarikat ini mempunyai fundamental yang sangat rapuh. Saham ini sangat sensitif dengan sentimen semasa, terutamanya berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, vaksin dan juga jumlah kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share1260ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In