fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Tropicana: Pertimbangan Bersih Untuk Saham Top Glove Bernilai RM73 Juta

in Berita
A A
Tropicana: Pertimbangan Bersih Untuk Saham Top Glove Bernilai RM73 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) – Tropicana Corporation Bhd menjelaskan bahawa jumlah pertimbangan bersih bagi pegangan saham terkumpul Top Gloves menjelang 2 Dis adalah sebanyak 11.251 juta pada nilai lebih kurang RM73.06 juta. 

Tropicana dalam makluman kepada pertanyaan Bursa Malaysia hari ini berkata anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Desiran Realiti Sdn Bhd, telah berurus niaga dalam saham biasa Top Glove melalui beberapa siri transaksi pasaran terbuka sehingga jumlah pegangan saham kumulatifnya dalam pengeluar sarung tangan itu pada 2 Dis 2020 mencecah 11.251 juta, mewakili 0.14 peratus kepentingan.

“Jumlah pertimbangan bersih bagi jumlah pegangan saham kumulatif sebanyak 11.251 juta saham Top Glove setakat 2 Disember adalah kira-kira RM73.06 juta dan bukannya RM78.47 juta seperti yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 3 Disember lepas,” katanya.

Menurut syarikat itu, Tan Sri Dr Lim Wee Chai disifatkan sebagai pihak yang berminat dalam pengambilalihan itu memandangkan beliau merupakan pengerusi dan pemegang saham utama Tropicana serta pengerusi eksekutif dan pemegang saham utama Top Glove. 

Oleh itu, Tropicana berkata beliau telah mengecualikan diri daripada semua perbincangan dan pengundian berhubung dengan pengambilalihan tersebut.

Pengambilalihan itu dibuat sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan Tropicana untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan kukuh Top Glove, yang terlibat dalam pembuatan serta perdagangan sarung tangan, dengan prospek jangka panjang yang menggalakkan berikutan pandemik COVID19 dan juga pertumbuhan dalam industri perkhidmatan penjagaan kesihatan global yang akan merangsang permintaan tambahan di peringkat global untuk produknya. 

“Syarikat telah memilih untuk melabur dalam Top Glove dan bukannya syarikat sarung tangan lain kerana Top Glove adalah pengeluar sarung tangan yang terbesar di dunia. Ia kini menguasai kira-kira 26 peratus pasaran sarung tangan getah dunia.

“Top Glove juga telah menunjukkan pengembangan yang kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 23.1 peratus untuk hasil dan 28.2 peratus bagi keuntungan selepas cukai sejak 20 tahun lepas,” tambahnya.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In