• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Masteel Rancang Kumpul RM81.5 Juta Melalui Terbitan Hak Dengan Waran Percuma

in Catalyst
A A
Masteel Rancang Kumpul RM81.5 Juta Melalui Terbitan Hak Dengan Waran Percuma
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Pengeluar keluli bersepadu, Malaysia Steel Works (KL) Bhd (Masteel) merancang untuk mengumpulkan sehingga RM81.5 juta daripada terbitan hak satu untuk dua dengan waran lima tahun percuma yang boleh diasingkan, berdasarkan kepada harga terbitan sebanyak 36 sen sesaham.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Masteel, Datuk Seri Tai Hean Leng berkata cadangan tersebut akan membolehkan syarikat menyimpan dana untuk modal kerja serta meningkatkan keupayaan bagi merebut peluang baharu.

Daripada unjuran perolehan yang maksimum, RM69 juta akan dipakai untuk keperluan modal kerja, RM10 juta sebagai pembayaran balik pinjaman bank dan RM2.5 juta bagi membiayai anggaran perbelanjaan yang berkaitan dengan pelaksanaan korporat berkenaan. 

”Kami menyaksikan peningkatan permintaan untuk keluli dalam pasaran tempatan serta serantau memandangkan kerajaan sedang mengutamakan pembangunan infrastruktur pengganda tinggi dan projek pembinaan yang akan merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Ini sudah tentu memberi faedah kepada pengeluar keluli yang mantap seperti kami, yang mempunyai kapasiti dan daya saing untuk meraih manfaat daripada pemulihan ini,” kata Tai.

Pelaburan perbelanjaan modal Masteel baru-baru ini dalam penggunaan teknologi lebur keluli terkini akan mengoptimumkan kecekapan kos.

Pengeluar bilet dan bar keluli itu bercadang untuk mengeluarkan sehingga 226.37 juta saham baharu Masteel dengan jumlah waran yang sama.

Dengan andaian pelaksanaan penuh waran dan semua saham perbendaharaan dijual semula, terbitan hak dengan waran akan mengembangkan modal saham Masteel daripada RM239.9 juta yang merangkumi 450.4 juta saham kepada RM402.9 juta yang terdiri daripada 905.5 juta saham. 

Langkah korporat itu, yang dijangka selesai menjelang suku kedua 2021, tertakluk kepada kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk penyenaraian dan sebut harga saham, waran serta saham baharu menurut pelaksanaan waran. 

Kelulusan perlu diperoleh daripada pemegang saham Masteel pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada tarikh yang akan datang. 

MA Securities Sdn Bhd adalah penasihat prinsipal yang dilantik bagi cadangan terbitan hak kumpulan dengan waran percuma. 

Pada Januari lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menguatkuasakan duti anti-lambakan ke atas produk keluli dari Singapura dan Turki, yang secara beransur-ansur mengurangkan isu lebihan bekalan produk keluli di pasaran Malaysia.

Tai berkata sejajar dengan perkembangan positif ini, Masteel dijangka melancarkan loji pembuatan ketiga pada suku pertama 2021, untuk meningkatkan produktiviti serta memperluaskan lingkungan rangkaian produk kumpulan termasuk aloi dan keluli tahan karat.

Tambahan pula, cadangan pelaksanaan itu dijangka tidak memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020. 

Bagaimanapun, pendapatan sesaham kumpulan boleh dicairkan selepas terbitan saham hak dan saham baharu berikutnya yang timbul daripada pelaksanaan waran.

— BERNAMA

Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In