• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2020

in Fundamental Analisis, Technical Analysis
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sebelum kita mula, kita kena ambil tahu dulu apa yang terjadi kepada Bursa Malaysia sepanjang bulan November 2020. Mari kita kaji apa yang telah terjadi kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan November 2020.

Sumber : Trading View

Jika kita lihat kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan November 2020, carta menunjukkan bahawa pasaran saham negara kita sedang membuat fasa uptrend. Ini adalah satu petanda postif bagi pasaran tempatan.

Bermula pada paras 1,466.46 mata pada 2 November 2020, ianya naik kepada 1562.71 mata di hujung bulan November 2020. Namun, ia cumalah petunjuk FBM KLCI yang bermaksud prestasi 30 komponen syarikat di dalam FBMKLCI. Bagaimana pula dengan prestasi syarikat-syarikat yang lain? Jika ada syarikat yang untung sudah pasti ada syarikat yang rugi.

Di sini, kami akan mengupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling rugi sepanjang bulan November 2020.

Sumber : Majalah Labur

Daripada 10 kaunter patuh syariah yang paling rugi ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza untuk dibincangkan secara lebih terperinci.

Kaunter-kaunter yang terpilih adalah:

  1. PUC Berhad (PUC) – Sektor Telekomunikasi & Media
  2. Hartalega Holdings Berhad (HARTA) – Sektor Sarung Tangan
  3. Nationwide Express Holdings Berhad (NATWIDE) – Sektor Pengangkutan & Logistik

1. PUC BERHAD (PUC) (0007)

PUC Berhad merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam sektor media dan telekomunikasi. Kumpulan ini secara asasnya terlibat dengan empat segmen perniagaan iaitu OmniChannel, eCommerce, Fintech dan lain-lain.

Sumber : Malaysiastock.biz

Membaca laporan di atas sahaja kita sudah tahu bahawa PUC sedang mengalami kerugian. PUC mencatatkan kerugian selama 4 suku berturut-turut.  Prestasi PUC telah merosot jauh jika dibandingkan dengan tahun lepas. Setakat tiga suku yang pertama tahun 2020, syarikat ini telah mengalami kerugian sebanyak RM22.50 juta. Namun, ia tidak dapat dibandingkan dengan kerugian besar yang dialami syarikat ini pada suku keempat 2019 yang menyaksikan PUC telah kerugian sebanyak RM61.19 juta.

Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal PUC

Sumber : Trading View

Pada 2 November 2020, harga saham PUC adalah 23.5 sen dan pada 30 November 2020 harga saham PUC jatuh menjadi 15 sen. Sekiranya anda telah cekap di pasaran saham, sudah pasti anda tahu bila masa untuk menjualnya. Melihat pada carta, paras support yang kuat adalah pada paras 24 sen.

Pantang larang yang mudah dalam pasaran saham adalah apabila patah support, ia adalah sell signal yang jelas. Kemudian ia berbalik kepada trading plan kita pula, iaitu dengan membuat Cut Loss.

Ke Manakah Hala Tuju PUC Selepas Ini?

Sumber : Trading View

Melihat kepada carta, PUC dilihat sedang menuju ke paras support yang seterusnya. Paras support yang paling hampir adalah pada paras 13.5 sen. Sekiranya support ini mampu menyokong PUC, nescaya PUC mempunyai potensi untuk melantun kembali. Namun, sekiranya patah juga support ini, paras support yang seterusnya adalah pada 11 sen. Sekali lagi diingatkan, sekiranya patah support ia merupakan satu signal untuk menjual.

Saham PUC sedang membuat terjunan yang dahsyat. Ada ke yang berani nak beli dan tangkap pisau?

2. HARTALEGA HOLDINGS BERHAD (HARTA) (5168)

Tahukah anda Hartalega adalah pencipta sarung tangan Nitril ringan pertama di dunia pada tahun 2005, yang menyebabkan permintaan beralih dari sarung tangan lateks ke sarung tangan nitril di seluruh dunia. Negara kita sekarang merupakan pengeluar sarung tangan nitril terbesar di dunia, yang mampu menghasilkan 39 bilion sarung tangan setahun dan akan meningkat kepada 43.7 bilion sarung tangan pada tahun 2020.

Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental HARTA

Sumber : Malaysiastock.biz

Daripada sudut fundemantal, Harta mengumumkan penyata kewangan suku tahun yang ke-2 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 148% berbanding suku tahunan sebelumnya dan peningkatan sebanyak 425% berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang tinggi daripada pasaran berkaitan produk berkaitan sarung tangan berikutan penularan COVID-19 yang masih meningkat di tahap global dan juga dalam negara. Syarikat juga mencatatkan revenue tertinggi iaitu sebanyak RM1.35 bilion dan net profit tertinggi juga pada suku ke-2 tahun ini dengan RM544.96 juta.

Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal HARTA

Sumber : Trading View

Hartalega berharga RM17.84 pada 2 November 2020 dan pada penghujung November 2020, harga saham Hartalega ditutup pada RM14.40. Kejatuhan sebanyak RM3.44 ini cukup untuk menyebabkan para pelabur mengalami kerugian sebanyak 19.28%.  Hartalega terjejas teruk disebabkan oleh berita positif daripada pengumuman keberkesanan percubaan vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer.

Setelah pengumuman yang dibuat Pfizer pada malam sebelumnya, pasaran bertindak cepat dengan berita tersebut dengan Hartalega terus membuat terjunan dan gap down pada keesokan harinya.

Sumber : Trading View

Kemanakah Hala Tuju Harta?

Hartalega masih mempunyai potensi untuk pergi dengan jauh kerana syarikat ini dijangka akan terus membuat keuntungan atas permintaan sarung tangan yang tinggi.

Selagi Hartalega tidak jatuh lebih rendah daripada zon support, Hartalega dijangka akan terus bertahan dan pelabur hanya perlu menunggu buy signal sebelum membeli saham ini.

3. NATIONWIDE EXPRESS HOLDINGS BHD (NATWIDE) (9806)

Nationwide merupakan syarikat penyedia perkhidmatan kurier ditubuhkan pada tahun 1985. Nationwide merupakan di antara syarikat tempatan yang terawal yang terlibat dalam industri ini di dalam Malaysia. Perniagaan terasnya adalah menyediakan perkhidmatan kurier.

Anak syarikat miliknya iaitu Nationwide Express Courier Pte. Ltd. (Singapura), Nationwide Express Freight Forwarders Sdn. Bhd. Dan Nationwide Express Metro Sdn Bhd masing-masing menjalankan perniagaan kurier, penghantaran barang dan pengendalian penghantaran bernilai tinggi.

Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Nationwide

Sumber : Malaysiastock.biz

Daripada sudut fundamental, Nationwide baru sahaja mengumumkan penyata kewangan suku tahunan yang kedua yang mencatatkan  peningkatan sebanyak 46% berbanding suku sebelumnya dan kejatuhan sebanyak 145% berbanding tahun sebelumnya. Sebelum kita melihat kenaikan atau penurunan prestasi suku tahunan tersebut, kita harus melihat dahulu sama ada syarikat ini membuat keuntungan atau kerugian.

Nationwide mencatatkan kerugian sebanyak RM3.12 juta pada suku yang lepas. Bukan itu sahaja, syarikat ini turut mencatatkan kerugian sebanyak RM5.74 juta pada suku sebelumnya.

Sumber : Nationwide

Mari kita bedah laporan kewangan syarikat ini. Pendapatan syarikat (revenue) adalah sebanyak RM12.64 juta. Tetapi boleh difahami mengapa syarikat ini membuat kerugian di sebalik menjana pendapatan yang tinggi. Kos servis sahaja telah menelan kos setinggi RM11.23 juta.

Di sebalik itu, kos pentadbiran juga dilihat agak tinggi iaitu sebanyak RM3.64 juta. Pihak syarikat perlu mencari jalan untuk mengurangkan kos servis sekiranya ingin bertahan lama di dalam industri ini.  

Tahukah anda bahawa saham Nationwide ini dikategorikan saham PN17?

Sumber : Bursa Malaysia

Terdapat 23 syarikat yang dikategorikan PN17 dan ini bermakna syarikat-syarikat ini di bawah pemerhatian ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Syarikat-syarikat yang berstatus PN 17 merupakan syarikat yang bermasalah, sama ada bermasalah daripada sudut kewangan, laporan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang kurang cekap dan banyak lagi. Indikator yang paling penting dalam syarikat berstatus PN 17 ini adalah, syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk sepanjang tempoh sukuan dan tahunan operasi mereka.

Sebagai pelabur yang bijak, kita harus mengelak daripada membeli kaunter yang berada di dalam kategori PN17 ini.

Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Nationwide

Tadi kita telah mengkaji mengenai fundamental Nationwide yang kurang memberangsangkan. Mari kita kaji daripada sudut teknikalnya pula.

Sumber : Trading View

Paras tertinggi yang pernah dicapai Nationwide adalah RM0.87 pada 2 November 2020. Terdapat percubaan untuk memecahkan paras rintangan tersebut pada 3 dan 4 November namun gagal.

Pada 4 November, kita boleh lihat candle ‘Shooting Star’ terbentuk. Shooting Star adalah candlestick bersifat bearish yang membawa petanda bahawa penjual cuba menolak harga ke paras yang lebih rendah.

Mempunyai kemahiran melukis garisan support, resistance dan trendline adalah amat penting. Kita boleh lihat sendiri pada carta bagaimana garisan support horizontal dan trendline support dapat memberitahu kita bila harus menjual saham ini.

Support yang pertama adalah pada RM0.58. Sekiranya support yang pertama gagal menahan harga tersebut maka anda sudah seharusnya melepaskan pegangan anda. Begitu juga dengan trendline yang ke-2. Apabila trendline yang ke-2 juga ditembusi, ia merupakan sell signal yang jelas.

Boleh dilihat pada carta yang support yang kedua berjaya menahan Nationwide daripada jatuh dengan lebih jauh. Ke manakah arah tuju Nationwide seterusnya?

Nationwide dijangka akan membuat percubaan untuk memecahkan paras RM0.58 yang mana support tadi telah bertukar menjadi resistance pula. Sekiranya paras resistance ini ditembusi, maka ia akan terus mara ke atas.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share481ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In