fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Top Glove Bantu Lonjakkan Bursa Malaysia Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Keuntungan yang diraih oleh kaunter Top Glove terus menyokong indeks utama di Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi pagi lebih kukuh meskipun bursa serantau lain menunjukkan prestasi bercampur-campur.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.94 mata kepada 1,626.83 selepas bergerak antara 1,624.95 dan 1,631.72 sepanjang sesi awal urus niaga.

Dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, Top Glove mencatatkan keuntungan terbesar, menyumbang 5.248 mata kepada peningkatan indeks komposit.

Pengeluar sarung tangan getah itu yang dijangka mengummkan keputusan tempoh sukuannya esok, meningkat 33 sen kepada RM6.93 dengan 42.27 juta saham bertukar tangan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan julat tipis 552 berbanding 588 sementara 430 kaunter tidak berubah, 553 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.76 bilion unit bernilai RM3.5 bilion.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh prestasi semalaman yang bercampur-campur di Wall Street, kebimbangan akan peningkatan kes COVID-19, perundingan pakej rangsangan di Amerika Syarikat serta perbincangan mengenai Brexit antara United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hartalega naik 14 sen kepada RM14.58, dan IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM5.52.

Maybank dan Tenaga masing-masing susut dua sen kepada RM8.25 dan RM10.88, Public Bank turun 26 sen kepada RM18.34, Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM7.56.

Antara saham paling cergas pula, P.A Resources dan Inix masing-masing tidak berubah pada 18 sen dan 50 sen, sementara Metronic turun satu sen kepada 12 sen, Yong Tai susut 2.5 sen kepada 36 sen, dan Bintai lebih rendah 24 sen kepada RM1.15.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 36.52 mata kepada 11,798.85, Indeks FBMT 100 naik 35.76 mata kepada 11,550.77 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 80.87 mata kepada 13,576.45.

FBM 70 melonjak 77.75 mata kepada 15,408.7 dan FBM ACE meningkat 18.25 mata kepada 10,665.41.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.71 mata kepada 174.81, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 64.68 mata kepada 14,563.7 tetapi Indeks Perladangan naik 8.61 mata kepada 7,365.33.

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 month ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

3 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

3 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In