• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Sasar Tender RM10 Bilion Dari Australia Dan Pulau Pinang Pada 2021

in Catalyst
A A
Gamuda Sasar Tender RM10 Bilion Dari Australia Dan Pulau Pinang Pada 2021

kredit gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Gamuda Bhd menyasarkan untuk mendapatkan tempahan dalam tangan bernilai RM10 bilion pada tahun hadapan, membabitkan kerja-kerja penambakan di Pulau Pinang dan projek kereta api di Australia. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Lin Yun Ling berkata separuh daripada tempahan dalam tangan yang disasarkan itu adalah dari Australia, yang berhasrat untuk menggunakan rangsangan fiskal bagi merancakkan pemulihan ekonominya dengan memperuntukkan A$100 bilion (A$1=RM3.02) bagi pembangunan infrastruktur.

”Kami telah menyenarai pendek tiga projek dan keputusan akan keluar pada tahun depan,” katanya kepada media hari ini. 

Sejumlah RM5 bilion lagi akan diperoleh daripada rancangan penambakan kerajaan Pulau Pinang, yang mana syarikat itu berasa yakin akan mendapatkannya. 

”Projek penambakan ini penting bagi teras ekonomi negeri memandangkan tanah di Bayan Lepas, yang merupakan hab elektrik dan elektronik (E&E), sudah habis digunakan. 

 ”Pelan Pulau A di Bayan Lepas  telah menjadi sasaran banyak pelabur kerana ia memiliki ekosistem E&E yang kukuh dan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Ini akan mewujudkan 300,000 pekerjaan baharu serta menarik pelaburan langsung asing untuk 20 tahun akan datang,” katanya. 

Lin ketika mengulas mengenai projek transit aliran massa 3 (MRT 3) berkata ia akan dimulakan bila-bila masa, hanya menunggu kelulusan kerajaan mengenai pengambilan tanah. 

Bercakap mengenai impak COVID-19 ke atas perniagaannya, Lin berkata pandemik itu tidak memberi kesan ketara kecuali syarikat terpaksa membina kuarters buruh tambahan (untuk memastikan pengasingan pekerja yang lebih baik), kemudahan kuarantin dan fasiliti makmal ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) untuk ujian COVID-19 serta pengesanan kontak. 

”Ini menelan belanja sedikit tetapi tidak dengan apa-apa cara yang signifikan. Projek laluan fasa 1 MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya berada di landasan yang betul untuk disiapkan menjelang Jun tahun depan.

”Kami tidak menjangka sebarang lanjutan masa walaupun PKP diwujudkan sejak beberapa bulan lepas,” katanya. 

Gamuda merekodkan kerugian bersih sebanyak RM17.34 juta pada suku keempat berakhir 31 Julai 2020 berbanding RM179.02 juta keuntungan bersih yang dicatatkan setahun sebelum ini, disebabkan kemerosotan aset secara sekali sahaja selepas salah satu kilang sistem binaan berindustrinya ditutup. 

Perolehan suku tahunan kumpulan merosot 38 peratus dari tahun ke tahun kepada RM926.52 juta daripada RM1.5 bilion pada suku keempat tahun kewangan 2019. Tidak termasuk kemerosotan bukan tunai secara sekali sahaja, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih teras sebanyak RM131 juta dalam tempoh tiga bulan tersebut. 

Secara tahunan, keuntungan bersih Gamuda jatuh 47 peratus dari tahun ke tahun kepada RM371.68 juta berbanding RM706.11 juta sebelumnya, manakala pendapatan susut 20 peratus dari tahun ke tahun kepada RM3.66 bilion daripada RM4.57 bilion.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In