• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Apex Healthcare (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Apex Healthcare (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apex Healthcare Bhd (KLSE: 7090) (AHEALTH) merupakan sebuah syarikat farmaseutikal yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk farmaseutikal dan ortopedik jenama XEPA, APEX, ABIO, dan STRAITS di Melaka dan Pulau Pinang. Nilai pasaran AHEALTH telah mencecah RM1.8 bilion .

Mari kita lihat  9 perkara sebelum nak melabur ke dalam saham AHEALTH:

1. Pelaburan Utama (2010-2019)

Pada 10 tahun yang lepas, AHEALTH telah membuat pelaburan seperti berikut:

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

2011:

AHEALTH telah melabur sebanyak RM11 juta untuk pembelian peralatan membuat krim dan meningkatkan automasi daripada segi pembungkusan produknya.

2013:

AHEALTH telah membeli dan mengubahsuai sebuah hartanah perindustrian bersaiz 50,000 kaki persegi di alamat 4, Loyang Way 1 bernilai RM 30 juta untuk menyokong pertumbuhan jualan produk-produk di Singapura. Selain daripada itu, AHEALTH telah melabur sebanyak RM4.99 juta untuk membeli 40.0% pegangan saham syarikat Abio Orthopaedics Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat penghasilan komponen ortopedik bagi pelanggan multinasionalnya  di Pulau Pinang.

2018:

AHEALTH telah siap pembinaan SPP NOVO, iaitu sebuah tapak pembuatan Oral Solid Dosage di Cheng, Melaka, bernilai RM83 juta. AHEALTH telah menerima kebenaran untuk mulakan operasinya pada 16 Mei 2019.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

AHEALTH telah mencapai pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 9.3% dan pertumbuhan keuntungan sebanyak 9.1% di dalam tempoh 10 tahun terkini.. Perolehan AHEALTH meningkat daripada RM282.7 juta pada tahun 2009 kepada RM688.8 juta pada tahun 2019. Peningkatan jualannya adalah daripada  pasaran tempatan dan di Singapura. Keuntungan bersih syarikat  meningkat daripada RM22.1 juta pada tahun 2009 kepada RM52.8 juta pada tahun 2019.

Maka, AHEALTH telah mencapai purata 10 tahun Return on Equity (ROE) sebanyak 13.48%. Ini bermaksud AHEALTH telah menjana RM13.48 setahun daripada setiap RM100 ekuiti pemegang saham dalam tempoh 10 tahun terkini.

Chart

3. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2010 sehingga tahun2019, AHEALTH telah menjana RM364.3 juta dalam aliran tunai operasi. Daripada jumlah tersebut, AHEALTH telah membayar sebanyak:

– RM194.2 juta untuk capital expenditure (CAPEX) bersih

– RM130.1 juta untuk dividen kepada pemegang sahamnya.

AHEALTH telah meningkatkan baki tunainya daripada RM19.9 juta pada tahun 2009 kepada RM93.6 juta pada tahun 2019. AHEALTH adalah sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi yang positif dan telah memilih untuk mengimbangkan jumlahnya ke dalam pelaburan CAPEX, pembayaran dividen dan penyimpanan tunai dalam bank akaunnya bagi tempoh  masa 10 tahun tersebut.

Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q3 2020, AHEALTH telah merekodkan RM26.5 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM453.0 juta di dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang AHEALTH terkini adalah 5.63%. Pada masa yang sama, AHEALTH telah mencatatkan RM394.3 juta di dalam aset semasa dan RM131.3 juta di dalam liabiliti semasa.

Oleh itu, nisbah semasa AHEALTH adalah 3.00.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Untuk 12 bulan terkini, AHEALTH telah merekodkan perolehan sebanyak RM707.8 juta. Daripada jumlah tersebut, AHEALTH telah menjana RM55.6 juta di dalam keuntungan bersihnya atau 11.79 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).  

6. Pembelian Tanah Di Alor Gajah, Melaka

Pada 16 Oktober 2019, AHEALTH telah menandatangani surat perjanjian Sale & Purchase Agreement (SPA) untuk membeli sebuah tanah berstatus milik kekal bersaiz 18.75 ekar di Alor Gajah, Melaka pada harga RM20.4 juta. AHEALTH membeli tanah tersebut dengan niat untuk menyokong pertumbuhan perniagaan XEPA pada masa hadapan.

7. P/E Ratio

Pada 4 Disember 2020, harga saham AHEALTH adalah sekitar RM3.75 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 31.81 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi tempoh 12 bulan terkini adalah sebanyak 11.79 sen. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), P/E Ratio terkini adalah lebih tinggi daripada nilai purata untuk tempoh 10 tahun terkini.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 3.75 / RM 0.1179

= 31.81

8. P/B Ratio

Pada Q3 2020, AHEALTH telah merekodkan sebanyak RM0.96 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 3.91. Jika kita membandingkannya dengan P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), ianya adalah lebih tinggi daripada nilai purata  bagi tempoh 10 tahun terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 3.75 / RM 0.96

= 3.91

9. Kadar Dividen

Dalam tempoh 12 bulan terkini, AHEALTH telah membayar 1.7 sen untuk Dividend Per Share (DPS) kepada pemegang sahamnya. Kadar dividennya yang terkini adalah 0.99% setahun. Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nilai terkini adalah lebih rendah daripada nilai puratanya iaitu sebanyak 2.44%, untuk tempoh 10 tahun terkini.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.037 / RM 3.75) x 100%

= 0.99%

Kesimpulan:

Kesimpulannya, kita dapati bahawa:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham AHEALTH? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share330ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In