• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Saham Minyak Naik Minyak, Petron dan Hengyuan Turut Terkena Tempias

in Trading Idea
A A
Saham Minyak Naik Minyak, Petron dan Hengyuan Turut Terkena Tempias
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini kita mula melihat saham-saham minyak dan gas mula membuat comeback. Saham-saham seperti Dayang, Serba Dinamik, Petra Energy rancak didagangkan. Ianya didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dunia yang telah membuat kenaikan. Setelah kaunter-kaunter yang terlibat dengan aktiviti perniagaan upstream bergerak, kaunter syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan downstream turut tidak mahu ketinggalan.

Di antara kaunter yang turut terkena tempias adalah Petron dan Hengyuan. Petron dan Hengyuan merupakan syarikat yang memproses minyak mentah yang disalurkan dari pelantar minyak ke darat. Sebelum menjual minyak tersebut, Petron dan Hengyuan akan memproses minyak mentah tersebut sebelum boleh dijual.

Jom kita buat kajian yang lebih mendalam mengenai Petron dan Hengyuan ini.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad (Petron)

Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad merupakan sebuah anak syarikat Petron Malaysia Group yang terlibat dengan pemprosesan dan penjualan produk petroleum di Malaysia. Manakala Petron Malaysia Group pula adalah sebahagian daripada Petron Corporation dari Filipina. Pada bulan Mac 2012, Petron mengambil alih perniagaan downstream daripada Exxonmobil.

Petron Malaysia mengoperasi Petron Port Dickson Refinery (PDR) yang memiliki kapasiti 88000 tong sehari dengan kemampuan menghasilkan pelbagai produk petroleum yang meliputi petrol, diesel, gas petroleum cair (LPG) dan bahan bakar penerbangan.

Pemegang Utama Saham Petron

Sumber : Bursa Maraket Place

Analisa Daripada Sudut Fundamental Petron

Sumber : Malaysiastock.biz

Modal pasaran Petron setakat 4 Disember 2020 adalah sebanyak RM1.311 bilion. Petron merupakan kaunter yang sangat ringan kerana bilangan unit diapungkan yang rendah iaitu hanya sebanyak 270 juta unit menjadikannya limited edition. Bila barang rare dan limited edition sudah pasti barang tersebut laku keras betul tak?

Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi Petron kerana permintaan yang sangat rendah daripada pengguna. Kesemua penerbangan telah berkurangan, pengguna jalan raya turut berkurang dan permintaan terhadap minyak lain turut berkurang. Namun, kos operasi Petron masih berjalan seperti biasa. Ini menyebabkan pendapatan syarikat berkurang hampir separuh daripada normal.

Analisa Daripada Sudut Teknikal Petron

Sumber : Trading View

Di antara teknik yang boleh memberi pulangan yang tinggi adalah ketika membeli ketika saham tersebut membuat breakout downtrend line. Bagaimana caranya?

Apabila sesebuah saham watchlist anda berada dalam keadaan downtrend, lukis garisan downtrend tersebut dan perhati rapat kaunter tersebut. Sebaik sahaja kaunter tersebut berjaya membuat breakout, itulah masa terbaik untuk membelinya.

Petron dilihat telah membuat breakout downtrend line pada 10 November 2020.  Pada hari tersebut ia bukan sahaja membuat breakout tetapi breakout dengan gap up sekali. Biasalah jika kita terlepas kapal, tidak mengapa kerana kita boleh tunggu sehingga breakout seterusnya.

Petron sekali lagi breakout pada RM3.36 dan ianya merupakan peluang untuk beli juga. Setelah itu, Petron terus membuat beberapa breakout dan pada 4 Disember 2020, sebuah candlestick hijau yang panjang terbentuk. Kenaikan Petron betul-betul terhenti pada RM5.295 yang merupakan paras resistance yang sangat kuat. Terdapat kemungkinan Petron akan mencuba untuk membuat percubaan untuk menembusi rintangan tersebut sebelum terus membuat uptrend lagi. 

Mari kita lihat berapakah peratusan kenaikan sejak 10 November yang lalu.

Harga pada 10 November 2020: RM3.20
Harga tertinggi pada 4 Disember 2020: RM5.95
Kenaikan: RM2.75

Pulangan: 85.94%

Hengyuan Refining Company Berhad (Hengyuan)

Hengyuan Refining Company Berhad sebelum ini dikenali sebagai Shell Refining Company  Berhad (SRC) telah ditubuhkan di Malaysia pada 19 September 1960. Syarikat ini telah tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia  pada 29 Oktober 1962.  Operasi penapisan HRC bermula pada tahun 1963 dengan kapasiti 20 ribu tong sehari.

Kini, Hengyuan dapat menghasilkan sehingga 120 ribu tong sehari menjadikan HRC kilang penapisan minyak kedua terbesar di Malaysia.

Pemegang Saham Utama Hengyuan

Sumber : Bursa Market Place

Analisa Daripada Sudut Fundamental Hengyuan

Sumber : Malaysiastock.biz

Modal pasaran Hengyuan setakat 4 Disember 2020 adalah sebanyak RM1.674 bilion. Hengyuan merupakan kaunter yang sangat ringan kerana bilangan unit diapungkan yang rendah iaitu sebanyak 300 juta unit hanya 30 juta unit lebih daripada Petron. Kedua-dua saham ini adalah kaunter ringan menjadikannya limited edition.

Sama seperti Petron, tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi Hengyuan kerana permintaan yang sangat rendah daripada pengguna. Suku pertama tahun ini Hengyuan mengalami kerugian sebanyak RM124.12 juta. Namun, Hengyuan tidak menunggu lama untuk terus mengembalikan prestasi mereka dengan mencatatkan keuntungan bagi dua suku yang terakhir.

Analisa Daripada Sudut Teknikal Hengyuan

Sumber : Trading View

Hengyuan membuat breakout downtrend line pada 5 November 2020, namun hanya separuh badan candlestick yang memecah garisan tersebut. Sekiranya kurang yakin dan risau sekiranya ia adalah false breakout, para pelabur boleh menunggu sehingga seluruh badan candlestick berada di aras trend line.

Sama juga seperti Petron, pada 10 November 2020 Hengyuan telah pun memanaskan enjin dan memulakan fasa uptrend daripada situ.

Bagaimana menggunakan teknik breakout ke atas kaunter ini?

Untuk pelaburan short term, anda boleh mencari paras resistance terdekat. Sekiranya harga saham pecah paras resistance tersebut, maka kita boleh beli. Jika terlepas, tunggu pullback sehingga paras support dan kita boleh bersedia untuk membeli sekiranya ada buy signal.

Untuk pelaburan long term pula, kita boleh zoom out carta dan lihat carta untuk jangka masa setahun atau lebih. Kita juga boleh cari dan lukis paras resistance. Bagi kes Hengyuan, Hengyuan dilihat telah naik banyak dan dijangka akan membuat pullback dan akan disokong paras sokongan RM5.16.

Sekiranya support tersebut berjaya menyokong Hengyuan pada harga tersebut, kaunter ini sudah pasti akan mempunyai peluang untuk meneruskan perjalanan uptrendnya.

Meskipun fundamental syarikat ini agak baik, tetapi para pelabur perlu berhati-hati kerana carta menunjukkan Hengyuan membuat kenaikan dalam masa yang singkat dan membuat corak parabola.

Berapakah pulangan sekiranya kita membeli ketika Hengyuan membuat breakout yang pertama?

Harga pada 5 November 2020: RM 2.70
Harga tertinggi pada 4 Disember: RM5.99
Kenaikan: RM3.29

Pulangan : 121.85%

Tak tahu nak beli saham pakai teknik apa? Teknik Buy On Breakout kan mudah. Lihat sahaja contoh-contoh saham yang membuat breakout di atas. Semuanya memberikan pulangan yang baik. Namun sebelum nak beli menggunakan teknik itu lebih baik kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu terlebih dahulu.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share425ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In