• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi ini tinggi sedikit dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.66 mata kepada 1,622.51 dengan belian sokongan membabitkan terutamanya kaunter berwajaran tinggi berpilih seperti perbankan, minyak dan gas.

Indeks utama dibuka 2.22 mata lebih tinggi pada 1,624.07 dan bergerak antara 1,618.98 dan 1,625.21 sepanjang sesi awal.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 663 berbalas 614 sementara 403 kaunter tidak berubah, 453 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 9.59 bilion unit bernilai RM4.05 bilion.

Sentimen di pasaran dipengaruhi oleh penarafan turun ke atas negara oleh Fitch Ratings, harga minyak mentah serta keputusan pendapatan korporat yang lebih baik dan prestasi semalaman Wall Street yang positif.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terkesan kerana penurunan penarafan turut dilakukan ke atas negara yang mempunyai kredit yang kukuh seperti United Kingdom dan Hong Kong.

“Kami menjangkakan tindak balas spontan di pasaran kewangan domestik. Bagaimanapun, kami melihat tindakan penarafan itu tidak menjejaskan trajektori pasaran kewangan dalam tempoh jangka panjang,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.27, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM7.45, sementara IHH menambah dua sen kepada RM5.47.

Public Bank, Tenaga dan Top Glove masing-masing susut empat sen kepada RM18.56, RM10.90 dan RM6.61, sementara Hartalega turun 14 sen kepada RM14.36.

Antara saham paling cergas, Yong Tai naik 6.5 sen kepada 43 sen, Top Builders menambah lima sen kepada 16 sen, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada 13 sen dan Inix lebih tinggi 15.5 sen kepada 48.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 35.78 mata kepada 11,776.5, Indeks FBMT 100 menokok 33.16 mata kepada 11,527.12 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 10.97 mata kepada 13,518.14.

FBM 70 melonjak 154.92 mata kepada 15,404.47 dan FBM ACE meningkat 90.7 mata kepada 10,715.67.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.69 mata kepada 174.48, Indeks Perladangan berkembang 35.54 mata kepada 7.384.94, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 81.22 mata kepada 14.598.68.

– BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In