• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi dengan saham pandu pasaran dalam usaha mengekalkan kenaikannya berikutan minat pelabur untuk mengambil risiko dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.04 mata kepada 1,622.89 selepas berada antara 1,618.98 dan 1,627.59 sepanjang hari.

Indeks barometer sebahagian besarnya meningkat oleh kenaikan dalam Petronas Chemicals yang menyumbang 3.271 mata selepas saham minyak dan gas meningkat 21 sen kepada RM7.60 dengan 3.79 juta saham bertukar tangan.

Peniaga berkata walaupun penurunan penarafan terhadap penarafan negara oleh Fitch, sentimen dalam bursa tempatan disokong oleh persekitaran luaran yang positif berikutan data eksport yang menggalakkan dari China dan prestasi Wall Street semalaman yang meningkat.

Beliau berkata eksport China pada November naik 21.1 peratus tahun ke tahun, mengatasi jangkaan penganalisis terhadap kenaikan 12 peratus dan meningkat daripada 11.4 peratus pada Oktober. 

Pertumbuhan tersebut merupakan kadar terpantas dicatatkan sejak Februari 2018, berikutan aktiviti kilang yang pulih, selain permintaan global yang kukuh, terutamanya untuk peralatan perlindungan diri dan peranti elektronik untuk memenuhi keperluan bekerja dari rumah, katanya.

Bercakap kepada Bernama hari ini, peniaga turut berkata kelonggaran langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan jaminan bekalan vaksin COVID-19 di Malaysia pada tahun depan turut memberikan faktor yang baik dalam pasaran tempatan.

Ini, bagaimanapun, membawa kepada penurunan dalam kalangan pengeluar sarung tangan getah — Top Glove susut lima sen kepada RM6.60, Hartalega merosot enam sen kepada RM14.44, Supermax berkurangan empat sen kepada RM7.70 dan Kossan jatuh 22 sen kepada RM5.88.

Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang  terjejas berikutan penurunan penarafan turut dilakukan terhadap negara dengan kredit yang kukuh seperti United Kingdom dan Hong Kong.

Bank pelaburan itu melihat tindakan penarafan itu tidak menjejaskan trajektori pasaran kewangan dalam jangka masa panjang.

Suasana pasaran secara keseluruhan di Bursa positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 697 berbanding 663, manakala 407 kaunter tidak berubah, 366 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 16.5 bilion saham bernilai RM7.23 bilion daripada 14.22 bilion saham bernilai RM6.75 bilion pada Jumaat lepas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga berkurangan empat sen kepada RM10.90, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM5.50 manakala Public Bank tidak berubah pada RM18.60.

Bagi saham cergas, Yong Tai naik dua sen kepada 38.5 sen, Top Builders menambah 2.5 sen kepada 13.5 sen, P.A Resources meningkat 3.5 sen kepada 18 sen manakala Inix, yang menceburi industri sarung tangan getah baru-baru ini selepas membeli 51 peratus kepentingan dalam L&S Gloves Sdn Bhd, naik 17 sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.61 mata kepada 11,762.33, Indeks FBMT 100 naik 21.05 mata kepada 11,515.01, FBM 70 menambah 81.4 mata kepada 15,330.95 dan FBM ACE menokok 22.19 mata kepada 10,647.16.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 11.59 mata kepada 13,495.58.

Sementara itu, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.73 mata kepada 175.52, Indeks Perladangan naik 7.32 mata kepada 7,356.72, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 110.93 mata kepada 14,628.39.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 10.94 bilion saham bernilai RM5.83 bilion daripada 9.79 bilion saham bernilai RM5.57 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.05 bilion unit bernilai RM175.02 juta daripada 865.14 juta unit bernilai RM154 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 4.49 bilion saham bernilai RM1.22 bilion daripada 3.56 bilion saham bernilai RM1.03 bilion sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.14 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (3.82 bilion), pembinaan (1.2 bilion), teknologi (582.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (81.53 juta), hartanah (1.8 bilion), perladangan (355.28 juta), REIT (16.47 juta), dana tertutup (18,800), tenaga (1.4 bilion), penjagaan kesihatan (80.53 juta), telekomunikasi dan media (71.57 juta), pengangkutan dan logistik (307.4 juta) dan utiliti (77.79 juta).

— BERNAMA 

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In