Sektor solar kini menjadi sektor yang hangat di kalangan pelabur. Dengan kemenangan Joe Biden pada pilihan raya presiden Amerka Syarikat yang lalu, sektor berkaitan teknologi hijau menerima tempias yang sangat positif. Ditambah dengan peruntukan daripada Belanjawan 2021 untuk sektor tenaga hijau ini, saham-saham yang berkaitan dengan solar dilihat sedang rancak didagangakan di pasaran tempatan ketika ini.
Kaunter Solar Yang Membuat All-Time High (ATH)
Kaunter saham yang berkaitan dengan pembekalan tenaga solar yang telah membuat All-Time High adalah Solarvest Holding Berhad (SLVEST) dan Samaiden Group Berhad (Samaiden) pula dilihat mencuba untuk memecahkan garisan resistance yang tertingginya.
Solarvest Holding Berhad (SLVEST)

Pada 30 November 2020, kaunter Solarvest ini telah memecahkan rintangan tertinggi sebelum ini sekitar RM1.61 dan meneruskan kenaikan pada hari berikutnya. Solarvest telah membuat breakout All-Time High (ATH) dan kaunter ini dijangka akan berehat seketika sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi lagi jika minat belian daripada pelabur terus tertumpu kepada sektor tenaga hijau.
Samaiden Group Berhad (Samaiden)

Samaiden merupakan syarikat yang baru sahaja tersenarai di pasaran tempatan dua bulan yang lepas, syarikat ini juga merupakan antara IPO yang paling untung untuk tahun 2020. Daripada carta Samiden, harga saham Samiden mencuba untuk mematahkan garisan resistance yang kuat pada 1 Disember 2020. Jika Samaiden berjaya memecahkan resistance pada RM1.51, harga saham Samiaden dijangka akan membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Kaunter Membuat 52-Weeks High
Satu lagi kaunter yang berkaitan dengan solar dan mencuba untuk membuat 52-weeks high adalah Cypark Resouces Berhad (Cypark).
Cypark Resouces Berhad (Cypark)

Daripada carta kaunter Cypark ini, harga saham syarikat ini cuba untuk memecahkan rintangannya pada RM1.54 tetapi masih gagal. Kaunter ini juga telah membuat kenaikan yang berturut-turut sejak 20 November 2020. Kanaikan yang beterusan ini adalah disebabkan minat belian yang tinggi terhadap kaunter ini. Tetapi pelabur yang masih belum beli dinasihatkan untuk lebih berhati-hati untuk membeli kaunter ini kerana kenaikan sebegini adalah tidak sihat.
Kaunter Solar Yang Masih Tak Bergerak
Di saat kaunter-kaunter saham yang berkaitan dengan solar yang lain rancak membuat kenaikan harga, satu lagi saham syarikat yang berkaitan dengan solar ini dilihat kurang mendapat perhatian pelabur. Saham yang dimaksudkan ini adalah saham Vsolar Group Berhad (Vsolar). Syarikat Vsolar ini telah berada di Bursa Malaysia sejak tahun 2004 lagi, namun setelah beberapa bulan saham syarikat ini didagangkan di pasaran tempatan, saham ini terus tidak mendapat perhatian dan menyebabkan harga saham ini menjadi super penny sehingga ke hari ini.
Vsolar Group Berhad (Vsolar)

Daripada pandangan teknikal untuk Vsolar ini, carta menunjukkan kaunter ini masih lagi membuat fasa mendatar walaupun pesaingnya yang lain seperti Cypark, Solarvest dan Samaiden telah membuat fasa kenaikan. Kaunter ini seolah-olah tidak mendapat minat belian daripada pelabur langsung walaupun berada di dalam industri yang sama dengan pesaingnya yang lain.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)