ARBB yang sebelum ini dikenali sebagai Aturmaju Resources Berhad, telah ditubuhkan pada Oktober 1997 dan disenaraikan di papan utama (Main Market) Bursa Malaysia pada Februari 2004 yang lalu. Pada awalnya, perniagaan terasnya adalah berkaitan dengan pembalakan. Seiring dengan peredaran masa dan teknologi, syarikat ini mula menceburi bidang teknologi maklumat dalam penyediaan servis dan penyelesaian (IT solutions and services). Pada April 2019, syarikat ini menukar nama ke ARB untuk mencerminkan identiti baru.
CANSLIM adalah sistem yang membantu pelabur membuat pemilihan saham yang sedang berkembang dengan menggabungkan teknik analisa fundamental dan teknikal. Oleh itu, jom kita membuat kajian ke atas syarikat ARBB ini menggunakan kaeadah CANSLIM.
C: Current Quarterly Earnings (QoQ > 25%)
Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini Serta mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini. Kita boleh kaji pendapatan syarikat untuk 3-5 suku yang terkini dan syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya 25%. Ianya mestilah mampu menjana pendapatan untuk tiga suku berturut-turut daripada suku sekarang.

Hasil kajian Current Quarterly Earnings ARBB:
- Syarikat menjana keuntungan selama 8 suku berturut-turut
- Peningkatan pendapatan suku tahunan terkini adalah 24%. Meskipun tidak melebihi 25% dipercayai terkesan daripada pandemik yang melanda seluruh dunia, namun pencapaian ini boleh dianggap sangat baik jika melihat kepada situasi kini yang tidak berpihak kepada ekonomi dunia
- ARBB mencipta rekod hasil pendapatan tertinggi yang pernah dicapai bagi satu-satu suku tahunan pada suku kedua tahun 2020. Hasil pendapatan tersebut adalah sebanyak RM 55.34 juta
A: Annual earnings increases over the last five years

ARBB telah mencatatkan kerugian sejak dari tahun 2013, namun syarikat akhirnya berjaya membuat keuntungan sebanyak RM4.2 juta pada tahun 2018. Ia menjadi titik kebangkitan ARBB kerana setelah itu ARBB turut mencatatkan keuntungan bersih RM34.8 juta pada tahun 2019. Meskipun seluruh dunia dilanda pandemik, syarikat ini masih berjaya membuat keuntungan setakat dua suku tahun 2020.
Syarikat ini dijangka akan terus menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun yang akan mendatang sekiranya mereka menumpukan perhatian pada perniagaan berasaskan teknologi maklumat.
N: New products, management, events, information
ARBB bijak menyesuaikan diri dengan peredaran zaman dengan teknologi dilihat semakin canggih saban hari. Pengenalan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) bermakna industri turut perlu menyesuaikan diri menyahut cabaran dalam pekembangan revolusi teknologi ini. ARBB pantas menukar perniagaannya daripada industri pembalakan atau perkayuan kepada perniagaan berkaitan teknologi maklumat.
Inilah dikatakan perubahan baru yang dilakukan ARBB. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, ARBB memastikan mereka dapat menyediakan perkhidmatan dan servis yang terbaik dan berinovasi dalam bidang teknologi maklumat.

Kesannya?

Berita bertarikh 6 Februari 2020 yang lalu mengumumkan keuntungan bersih ARBB meningkat 157.15% kepada RM12.79 juta. Ia berikutan perniagaan ARBB dalam teknologi maklumat yang menyumbang 100% kepada pendapatannya.
S: Supply and Demand
S adalah Supply and Demand atau bekalan dan permintaan. Semakin ramai pelabur yang mahukan saham yang terhad di pasaran, harga saham tersebut akan meningkat kerana permintaan yang tinggi tetapi kurangnya bekalan.
Nak tahu satu tips tak? Sekiranya terdapat pengumpulan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Saham yang ringan iaitu limited edition juga boleh membantu kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah kecil.

Gambar rajah di atas menunjukkan bilangan saham yang diapungkan hanya 443.03 juta unit dan jumlah tersebut dianggap sedikit lalu menjadikan saham ini sebagai limited edition. Sekiranya terdapat catalyst yang baik mengenai ARBB kelak, sudah pasti ia mampu melonjakkan harga saham ini dengan mudah.
L: Leader and Laggard
Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yangmempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi.

Modal pasaran (market cap) tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan syarikat lain di dalam sektor yang sama dengannya. Modal pasaran ARBB setakat ini hanyalah RM109 juta. Syarikat lain yang turut berada dalam industri perisian dan teknologi maklumat ini di antaranya adalah Microlink Solutions, Rexit, Grand-Flo, TechnoDex, HeiTech Padu dan lain-lain.

Bursa Marketplace memberikan penilaian markah penuh 10 daripada segi keuntungan syarikat. Pertumbuhan pendapatan ARBB adalah sebanyak 386.9% yang merupakan yang tertinggi di sektor teknologi maklumat ini.
I: Institutional Sponsorship
Ianya adalah kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi ini dianggap sebagai jerung kerana mereka mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit. Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut.
Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit kerana kajian telah pun dibuat.

Hasil Kajian Institutional Sponsorship ARBB:
- Tiada pelabur institusi tempatan yang memegang saham ini tetapi pada pertengahan tahun ini, ARBB menarik minat pelabur intitusi luar negara iaitu Caravan Capital Management LLC.
- Syarikat ini mungkin dianggap masih terlampau kecil untuk insitusi melabur ke dalamnya.
- Pemegang saham individu terbesar di ARBB adalah pengarah eksekutif syarikat itu sendiri.
M: Market Direction
Kaji ke manakah arah trend harga saham. Sudah tentunya kita hanya akan membeli saham-saham yang sedang membuat uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat dengan berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Hasil kajian mendapati ARBB kini berada dalam aliran sideways. Sejak kebangkitan semula pada bulan Mac yang lalu, uptrend tersebut terhenti pada harga sekitar 41 sen dan sejak itu membuat penurunan dan kini menjadi sideways sejak bulan September.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)